Pecah Masuk Mahkamah – Apakah Ia Cubaan Kongsi Gelap Selamatkan Phee Boon Boh?

ALOR SETAR, 13 Ogos – Satu kejadian pecah masuk berlaku antara jam 5.00 petang semalam hingga 8.15 pagi tadi, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Alor Setar.

Demikian menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail.

kedahcourtcomplex

Menurut Yazri, “Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku antara 5.00 petang Sabtu  hingga 8.15 pagi Ahad.

“Sebelum kejadian itu,  seorang kakitangan bertugas di pejabat itu untuk menyiapkan tugasannya sebagai persediaan hari berikutnya sehingga  5.00 petang. Insiden itu difahamkan berlaku selepas itu,” tambah Yazri dalam satu sidang media, petang tadi.

Menurut Yazri lagi, suspek yang sama dipercayai turut bertindak menceroboh masuk melalui siling ke mahkamah sesyen dan menggeledah barangan di dalamnya.

“Berdasarkan laporan diterima daripada pengadu, tiada barangan yang hilang atau dicuri oleh suspek. Polis percaya tindakan suspek itu seolah-olah mencari sesuatu di bilik pendaftar kerana dia hanya selongkar laci dan barang-barang berselerak tetapi fail tidak diusik, tempat duduk kerani dalam keadaan biasa,” katanya.

Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pagi tadi dan hasil siasatan awal polis juga mendapati suspek memanjat tangga milik mahkamah untuk memasuki pejabat pendaftar menerusi tingkap, berikutan tiada kesan pecah pada pintu pejabat.

“Sementara, pasukan forensik  melakukan siasatan lanjut untuk mendapatkan cap jari dan bahan bukti lain.”

Mahkamah Majistret Kota Setar sebelum ini menolak permohonan untuk membatalkan perintah tahanan reman Exco Pulau Pinang, Phee Boon Boh.

Phee dikenakan tahanan reman lima hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan SPRM berhubung kewujudan sebuah kilang haram yang  memproses serbuk kayu.

Phee juga pernah ditahan polis sebelum ini bersama 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang antara keanggotaannya terdiri dari  ahli-ahli kongsi gelap dan samseng.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanpa mencuri dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Advertisements

Be the first to comment