Hubungan Dagang Dua Hala: China Beri Amaran Pada Amerika Syarikat

Republik Rakyat China (China) memberi amaran yang negara itu tidak akan berdiam diri sekiranya Amerika Syarikat melakukan tindakan yang menjejaskan hubungan dagangan antara kedua-dua buah negara tersebut.

Amaran tidak akan berdiam diri itu susualan kenyataan Presiden Donald Trump mengarahkan suatu siasatan dijalankan ke atas amalan menciplak teknologi dan harta intelek milik industri dan syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS)  oleh China.

Kenyataan kebimbangan serius itu dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China dan amaran kepada apa sahaja tindakan AS yang cuba melindungi perdagangan dua negara itu, mengatakan “ia pasti menjejaskan hubungan perdagangan bilateral.”

Kenyataan itu yang diterbitkan di laman sesawang rasmi kementerian turut menambah yang Beijing “akan mengambil tindakan bersesuaian bagi mempertahankan hak dan kepentingan China.”

Trump yang baru sahaja menandatangani memorandum pada Isnin lalu mengarahkan Wakil Perdagagangan AS Robert Lighthizer untuk membuat keputusan sama ada dasar China menjejaskan kepentingan pelabur atau syarikat AS.

Lighthizer juga diminta mengemukakan sebarang  usul dan tindakan bersesuaian yang perlu diambil  AS sekiranya terbukti benar amalan perdagangan China merugikan kepentingan pelabur dan syarikat dari AS.

“Washington tidak akan lagi menutup mata” kepada “perompak” yang mencuri rahsia industri AS dari Beijing- satu kebimbangan yang sudah lama timbul dalam kalangan syarikat besar asing yang mahu menembusi pasaran China,” menurut Trump.

Siasatan ke atas amalan menciplak teknologi dan harta intelek AS oleh China itu diarahkan Trump selepas  hubungan AS-China terjejas ekoran isu Korea Utara dan Trump menawarkan sikap toleransi jika Beijing berusaha membantu meredakan kekecohan yang ditimbulkan oleh Korea Utara.

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. Amerika Syarikat Siap Siaga Perang Dengan China Di Laut China Selatan – ASPIRASI PERDANA