Penahanan Isa Samad: SPRM Amal Siasatan Dan Tahanan Berpilih

Beliau hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 2.40 petang tadi  bagi memberi keterangan lanjut berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London pada tahun 2014 dan 2015.

Beliau akhirnya ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik selesai memberi keterangan dan percakapannya dirakamkan.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang merupakan bekas Pengerusi Felda Global Ventures,  (FGV) ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC).

FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London dan Kuching melebihi paras harga pasaran. Hotel di Kensington dikatakan dibeli pada harga RM330 juta berbanding nilai sebenar RM110 juta sementara sebuah hotel di Kuching pula RM160 juta berbanding RM50 juta nilai sebenar.

Penahanan Isa Samad disambut gembira oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Pengerusinya Mazlan Aliman mengalu-alukan penahanan Isa Samad selain menggesa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib  Abdul Razak menamatkan khidmat  Isa Samad sebagai pemangku pengerusi di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Mazlan yang kalah saman fitnah lima ratus ribu ringgit terhadap FELDA sebelum ini mempersoalkan integriti Isa Samad dikekalkan sebagai Pemangku Pengerusi SPAD meski pun pihak SPRM masih belum selesai menjalankan siasatan serta belum memfailkan sebarang pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang telah ditahan dan/atau dirakamkan keterangannya.

Mengulas penahanan tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Mohd Azam Baki  berkata; “Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut,”  dan beliau tidak bercakap mengenai kekuatan kes untuk pendakwaan.

Sehingga artikel ini disiarkan, belum ada mana-mana pemimpin lain yang juga menghadapi tindakan yang sama oleh SPRM mengulas mengenai penahanan Isa Samad.

Tentu menarik sekali sekiranya ADUN Sg. Puyu, Phee Boon Poh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dapat mengulas perkara ini.

Siapa tahu mereka konsisten mendakwa SPRM membuat siasatan dan tangkapan berpilih (double standard)?

Advertisements

Be the first to comment