Jangan Sampai Selangor Darul Syabu Jadi Bualan Rakyat

HARIAN METRO melaporkan lewat malam tadi bahawa Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah disyaki syabu seberat 150 kilogram dianggarkan bernilai RM10.55 juta di sebuah premis di Seri Kembangan, dalam satu serbuan jam 6 petang semalam.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromaniam berkata, hasil pemeriksaan dalam premis itu, pihaknya menemui enam guni serbuk putih disyaki dadah jenis syabu dan menahan tujuh lelaki berusia antara 22 hingga 43 tahun.

 Menurut Subromaniam; “Barang dagangan bersama barang disyaki dadah dibawa masuk dari Chennai, India melalui Pelabuhan Klang dan diikrarkan sebagai Magnesium Sulfat.

“Mereka didapati mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan enam guni syabu berkenaan bersama 794 magnesium sulfat untuk masuk ke sempadan negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.

Subromaniam juga dipetik sebagai berkata terdapat enam pekerja terdiri dari lima warga Bangladesh dan seorang Nepal sedang memunggah guni dari kontena masuk ke premis.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berhampiran lokasi. Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah,” tambah Subromaniam.

“Siasatan masih diteruskan untuk menjejaki dalang dan ahli sindiket itu. Kami yakin akan menahan saki baki kumpulan ini dalam masa terdekat,” katanya.

Dadah jenis syabu seringkali dikaitkan dengan kaedah penagihan dadah yang popular bagi remaja di kalangan kaum Cina dan Seri Kembangan merupakan lokaliti yang didominasi oleh kaum tersebut.

ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah sebelum ini pernah mendapat tempat di media massa akibat kematian pembantu khas beliau Teoh Beng Hock, sebagai saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apakah Hian Wah bakal membela mereka yang telah ditahan oleh pihak kastam selepas ini sebagaimana Beng Hock?

Wajarkah jika rakyat beranggapan bahawa Selangor Darul Syabu?

Sama-sama kita nantikan.

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. Tangkapan JIM Sahkan Selangor Lubuk PATI