Selangor Bimbang Nasib Pemimpin Jika Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

“Kita harap (kerajaan negeri) Selangor memandang perkara ini dengan serius dan menyahut cabaran mahu semua negeri menandatangani IBR sebagai komitmen untuk pastikan pentadbiran negeri bersih daripada rasuah,” demikian ditegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Menurut Dzulkifli lagi, “SPRM sudah hubungi kerajaan negeri Selangor untuk tujuan berkenaan dan setakat ini mereka bersetuju melaksanakannya, namun mereka belum memberi tarikh. Kita berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.”

Kenyataan Dzulkifli itu menjadikan Selangor satu-satunya negeri di Malaysia yang masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBRAR).

Dzulkifli berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBRAR bersama Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.

Dzulkifli juga menyatakan bahawa pihak SPRM sudah pun berhubung dengan kerajaan Selangor, namun mereka masih belum memberi tarikh untuk berbuat demikian.

“Kita harap (kerajaan negeri) Selangor memandang perkara ini dengan serius dan menyahut cabaran mahu semua negeri menandatangani IBR sebagai komitmen untuk pastikan pentadbiran negeri bersih daripada rasuah,” tambah Dzulkifli lagi.

Amat sukar difahami bagaimana sebuah negeri termaju di Malaysia seperti Selangor boleh menjadi begitu lewat menandatangani IBRAR. Namun demikian, beberapa faktor boleh dipertimbangkan antara sebab-sebab kelewatan tersebut, antaranya adalah;

(i) wujud kebimbangan di kalangan para pemimpin kanan kerajaan negeri bahawa nasib malang yang menimpa ADUN Sg. Puyu, Phee Boon Poh bakal menimpa mereka pula

(ii) terdapatnya beberapa laporan rasuah yang telah dibuat oleh mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK PKR) Badrul Hisham Saharin yang masih dalam siasatan pihak berwajib

(iii) dikhuatiri usaha berterusan yang belum selesai bagi memusnahkan atau menghapuskan pelbagai dokumen-dokumen bukti skandal, penyelewengan dan rasuah

Masih segar diingatan rakyat Malaysia pelbagai pendedahan dan pembongkaran yang dibuat oleh pelbagai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu-isu Paya Indah Wet Land, Darul Ehsan Investment Group (DEIG), Datum Jelatek, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), banglo Disneyland di Ampang dan seumpamanya.

Kesemuanya boleh menjadi sebab musabab yang menghantui pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk menandatangani IBRAR.

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. Enggan Tandatangai IBRAR, Selangor Punyai Kaedah Cegah Rasuah Lebih Baik – ASPIRASI PERDANA