Serbuan Di Selangor, SPRM Akan Keluar Kenyataan Media

SHAH ALAM 22 Ogos – “Kenyataan media akan dikeluarkan nanti,”  demikian menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, Datuk Simi Abd. Ghani.

TERDAHULU agensi penguatkuasaan rasuah negara itu menyerbu pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Universiti Selangor (Unisel) dan Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB) pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan salah guna kuasa dalam isu pertikaian kontrak.

Serbuan-serbuan tersebut dilakukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen tertentu untuk membantu siasatan.

Lima lokasi serbuan yang berbeza dikenalpasti  di sekitar Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya, melibatkan premis-premis ketiga-tiga entiti tersebut.

Serbuan bermula pukul 10 pagi dengan enam pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7, Shah Alam sebelum menyerbu MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.

Laporan kepada SPRM Selangor dibuat pada 8 Ogos lalu, berhubung tatacara penyelesaian kontrak berjumlah puluhan juta ringgit di antara Unisel dan JNSB yang didakwa meragukan.

ASPIRASI PERDANA sebelum ini sudah memberi beberapa faktor mengapa selama ini pihak kerajaan negeri enggan menandatangai Ikrar Bebas Rasuah (IBRA).

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. SPRM Akan Keluar Kenyataan Berhubung Serbuan di Selangor | Hot Kelate