Bubar Pakatan Rakyat 2015: Kini PKR Jilat Berak DAP Runding PAS

Permulaan terbatalnya Tahaluf Siyasi antara Parti Islam SeMalaysia (PAS)  dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berpunca dari serangan-serangan DAP terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Kemudian parti ultra perkauman itu memutuskan hubungan dengan beliau tetapi masih mengekalkan tahaluf siyasi dengan parti tersebut di samping bekerjasama dan membiayai dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ummah Sejahtera (PASMA,) yang dianggap sebagai duri dalam daging kepada kepimpinan ulama’ di dalam PAS.

DAP akhirnya mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, tanpa melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) dan mempelawa kumpulan 18 yang tewas bertanding dalam 2015 supaya menubuhkan parti politik dan bersama-sama dengan perjuangan pembangkang menentang UMNO Barisan Nasional.

Majlis Syura Ulama’ (MSU) PAS akhirnya membuat usul dalam Muktamar PAS Pusat agar tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan dengan mengemukakan sembilan alasan. Intipati dari kesembilan alasan yang dikemukakan oleh MSU adalah “DAP secara terang-terang menentang pelaksanaan perundangan Islam di Malaysia.”

Ringkasnya, DAP anti Islam, layak dipanggil sebagai kafir harbi sebagaimana yang diputuskan oleh Pemukiman Ulama’ dan Guru-guru Pondok  Seluruh Kelantan pada Ogos 2012 dan juga Sahibus Samahah Mufti Pahang.

Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) YAB Dato’ Mohamed Azmin Ali bahawa PAS dan PKR perlu berunding untuk memenangi PRU 14 sebagaimana yang disiarkan oleh Sinar Harian pada 27 Mac 2017 sekali gus membuktikan bahawa pakatan DAP begitu memerlukan sokongan dari PAS untuk menumbangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.

Kemelut di kalangan para pemimpin Pakatan Harapan tercetus semula minggu lepas apabila Azmin secara terbuka menyatakan bahawa terdapatnya rundingan antara PKR  dengan PAS.

Tidak diketahui siapakah yang berkata benar apabila Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr. Ahmad Syamsuri Mokhtar hari ini menyatakan tidak terdapat sebarang rundingan antara parti tersebut dengan PKR atau Azmin.

Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggap tidak memberi impak yang besar bagi meraih sokongan rakyat dan pengundi pada PRU 14 nanti kerana ia telah mencetuskan konflik dalaman yang baru kepada DAP memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan musuh ketat DAP sepanjang beliau berada di puncak kuasa.

Perletakan jawatan beberapa pemimpin, ADUN dan Ahli Parlimen DAP  beberapa bulan lepas juga bertitik tolak atas ketidaksetujuan mereka terhadap kerjasama DAP dengan Mahatir.

Selain dari itu, kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) juga dilihat tidak banyak membantu meraih sokongan rakyat dan pengundi pada PRU 14 nanti sehinggakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (PKR), Elizabeth Wong menganggap parti serpihan PAS itu sebagai “masih bayi”.

ADUN Bukit Lanjan itu juga menganggap para pemimpin PAN seperti Hj. Mohamed Sabu dan Husam Musa sebagai tidak dikenali masyarakat Melayu-Islam untuk meraih sokongan dan undi mereka.

Menurut Elizabeth; “Pintu rundingan kerjasama politik dengan PAS adalah diperlukan kerana  AMANAH (PAN) masih bayi dan para pemimpinnya belum dikenali di kalangan masyarakat Melayu dan kerana AMANAH memerlukan masa beberapa tahun untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Islam.”

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah dengan bubarnya tahaluf siyasi  DAP – PAS pada 2015 telah menimbulkan kemelut dan krisis keyakinan di kalangan para pemimpin pakatan pembangkang terhadap sokongan rakyat dan pengundi pada mereka menjelang PRU 14, sehinggakan DAP terpaksa melancarkan kempen Selamatkan Malaysia.

Realitinya, kempen Selamatkan Malaysia  dicetuskan oleh Lim Kit Siang dan merupakan kempen selamatkan DAP (selepas menyedari kesilapan membubarkan PR dan memutuskan tahaluf siyasi dengan PAS) dan akhirnya disambut oleh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed seterusnya menjadi slogan gabungan parti-parti Pakatan Harapan.

Azmin Ali

DAN rakyat menyaksikan bagaimana Azmin Ali mengambil masa lebih setahun (sejak 2016) untuk berunding dan memujuk PAS kembali menyertai blok pembangkang bagi menghadapi PRU 14, tetapi tiada hasil positif yang dilaporkan.

TERNYATA DAP yang berak pada 2015 dengan membubarkan Pakatan Rakyat, tetapi PKR kini sedang menjilat najis parti ultra perkauman itu dengan pelbagai usaha memujuk PAS menyertai mereka semula menjelang PRU 14.

 

Up ↑

%d bloggers like this: