Tsunami Melayu – Dua Pemerhati Politik Cenderung BN Menang PRU 14

SEKURANGNYA-KURANGNYA terdapat dua orang penganalisis dan pemerhati politik yang cenderung menjangkakan kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) nanti.

DAN kedua-duanya memberikan alasan ‘tsunami Melayu’ di mana para pengundi Melayu dijangka akan meminggirkan Pakatan Harapan (PH), seterusnya tidak mengundi gabungan parti-parti DAP, PKR dan PPBM itu. DR KAMARUL ZAMAN

Kenyataan pertama dikeluarkan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN< Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff, ketika mengulas kenyataan penasihat parti ultra perkauman DAP, Lim Kit Siang kebarangkalian PH memenangi PRU 14 nanti, minggu lepas.

Kamarul mempersoalkan hujah dangkal analisis Kit Siang bahawa PH akan menguasai Putrajaya tetapi dalam masa yang sama merendah-rendahkan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah dan Parti Amanah Negara (PAN) di Kelantan untuk menguasai kedua-dua negeri majoriti Melayu itu.

Paling melucukan adalah kenyataan Kit Siang bahawa PAS bakal kehilangan lima belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan di masa yang sama hanya menganggarkan sepuluh peratus sahaja undi Melayu akan memihak kepada PH.

“Sukar untuk dibayangkan oleh mana-mana penganalisis yang waras bagaimana Pas yang memenangi 15 kerusi di Selangor, 5 kerusi di Perak, 4 kerusi di Johor dan 1 kerusi di Pulau Pinang dalam PRU 13 boleh kalah di semua kerusi negeri tersebut dalam PRU 14,” jelas Kamarul.

Menurut Kamarul lagi, “Lim Kit Siang sendiri mengaku sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan berkurang kira-kira 30 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ekoran keluarnya Pas dari Pakatan, begitu juga sokongan pengundi bukan Melayu yang menurun kira-kira 10 peratus.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berpendapat ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH)  merupakan antara faktor pengundi Melayu meminggirkan PH.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan,” demikian dinyatakan Shukri kepada Sinar Online sebentar tadi.

ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong menganggap para pemimpin PAN seperti Hj. Mohamed Sabu dan Husam Musa sebagai tidak dikenali masyarakat Melayu-Islam untuk meraih sokongan dan undi mereka.

Ia akhirnya menjadi pendorong yang sangat kuat kepaa Timbalan Presiden parti itu, YAB Dato’ Mohamed Azmin Ali  untuk terus berunding dengan PAS bagi memenangi PRU 14.

Menurut Elizabeth; “Pintu rundingan kerjasama politik dengan PAS adalah diperlukan kerana  AMANAH (PAN) masih bayi dan para pemimpinnya belum dikenali di kalangan masyarakat Melayu dan kerana AMANAH memerlukan masa beberapa tahun untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Islam.”

Menurut Shukri lagi, para pengundi Melayu PAS sudah pasti tidak akan mengundi Pakatan Harapan (PH), justeru itu perolehan undi dari orang-orang Melayu terhadap DAP, PKR dan PPBM turut menyusut dan bakal mengalami defisit.

PAS yang kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dilihat lebih bersedia sebagai parti yang berkecuali  yang tidak memihak kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

PAS sebaliknya menjadi parti pembangkang yang komited di parlimen serta matang sebagai pengkritik mana-mana dasar dan program Barisan Nasional. -ASPIRASI PERDANA- 

Advertisements

Be the first to comment