TIADA Rundingan Pakatan Harapan-PAS Menjelang PRU 14

PETALING JAYA, 29 Ogos – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi memutuskan mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU 14 nanti.

 Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyatakan demikian bahawa rundingan kerjasama tidak akan berlaku semata-mata untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PH dan PAS.

Ia juga bermakna tiada kerjasama antara PH dan PAS di peringkat negeri.

“Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” demikian kenyataan Mahathir sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi.

Mahathir juga berkata bahawa PH sedia menghadapi Barisan Nasional dan PAS pada PRU 14 nanti.

“Pakatan Harapan sedang menyediakan strategi untuk kemungkinan pertandingan tiga penjuru di GE14,” jelas Mahathir.

Kemelut dalam PH, terutamanya PKR timbul apabila parti ultra perkauman DAP membubarkan Pakatan Rakyat (PR) pada 2015 tanpa melalui mesyuarat Majlis Presiden PR dan akhirnya memaksa Timbalan Presiden PKR, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS bagi menentang Barisan Nasional pada PRU 14.

Para pemimpin utama PH dilihat membisu dan enggan mengulas kenyataan Mahathir tersebut yang mereka sifatkan sebagai diktator, maha firaun dan maha zalim sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai perdana menteri.

Mereka juga enggan mendedahkan sejauhmana perkembangan rundingan kerjasama telah dibuat di peringkat negeri Selangor, antara PKR dan PAS.

Sikap membisu para pemimpin utama PH juga terserlah apabila enggan mengulas cadangan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar PKR mengadakan kongres khas bagi mendapatkan pandangan akar umbi ahli-ahli parti.

Ternyata, kehadiran Mahahtir dalam PH yang dikenali sebagai Top Dog telah memandulkan dan membisukan suara para pemimpin lain serta hak bersuara ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.

Jika dahulu mereka memanggilnya sebagai diktator kuku besi dan menentang Mahathir, kini mereka membisu, akur dan taat pada diktator tersebut.

Sesungguhnya kediktatoran Mahathir tidak akan hilang selagi hayat dikandung badan.

PASTINYA, Azmin Ali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh PKR kerana usahanya berunding dengan PAS tidak melalui persetujuan PKR atau PH memandangkan beliau adalah anak emas Mahathir.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Up ↑

%d bloggers like this: