Najib Gesa Generasi Muda Jadi Pemangkin Kecemerlangan Malaysia

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di Dataran Merdeka semalam untuk acara raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Beliau kelihatan teruja dengan sambutan golongan muda yang sangat  bersemangat untuk membuat persembahan acara sambutan kemerdekaan yang akan meninggalkan nostalgia pada masa hadapan.

Najib berucap di hadapan lebih kurang lapan belas ribu peserta acara sambutan kemerdekaan dengan katanya, “Anda, generasi baru, adalah pemangkin yang akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Para peserta sambutan acara kemerdekaan pada tahun ini terdiri dari para pelahar sekolah, kakitangan kerajaan dan pasukan beruniform.

Najib diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Sharifah Zahrah Syed Ahmad.

Perdana Menteri mengingatkan generasi muda agar menyedari kesukaran negara mencapai kemerdekaan dan mahu mereka memahami cabaran-cabaran utama yang perlu dihadapi di masa hadapan.

“Apabila kita melihat perayaan sebegini  yang dirancang unuk tahun ini, kita dapat merasakan bahawa apa yang telah kita capai selama bertahun-tahun sejak merdeka tiada ertinya (tidak cemerlang),” katanya.

Najib turut menegaskan bahawa  generasi muda pada hari ini adalah generasi Transformasi Negara (TN50) yang akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di mata dunia.

Najib juga dilihat memberi kata-kata semangat, penuh inspirasi kepada para peserta dengan katanya, “Ingat kata-kata ini. Kita perlu meneruskan perjalanan ini sehingga Malaysia mencapai puncak kejayaan,”  dan sangat gembira dengan prestasi para peserta.

“Diharapkan, pertunjukan ini akan menjadi nostalgia hebat buat semua rakyat Malaysia,” jelas Najib.

Najib juga melaungkan perkataan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bagi mengenang kembali detik bersejarah ketika perdana menteri pertama al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengucapkannya pada tanggal 31 Ogos 1957.  Najib Raptai Merdeka 60Tema sambutan pada tahun ini  ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ mengimbas kembali nostalgia detik-detik  kemerdekaan 1957, pengisytiharan Hari Malaysia, era pembangunan di bawah pimpinan lima orang perdana menteri selepas Tunku Abdul Rahman, dan kecemerlangan pembangunan negara sehingga kini. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment