Taufik Abas Dan Hafiz Rizal Wajar Contohi Khalid Ibrahim

Terdapat dua pemecatan politik yang berlaku di dalam sayap pemuda gabungan parti-parti Pakatan Harapan dalamasa terdekat ini.

PERTAMA adalah pemecatan Exco ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) saudara Mohamad Taufik Abas, minggu lepas.

Taufik memprotes pemecatan dirinya sebagai Exco ARMADA PPBM oleh ketua sayap parti tersebut, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya menggunakan laman mikro twitter.

Taufik mengakui tidak menerima notis pemecatan dan beliau hanya mengetahui mengenainya melalui laman mikro twitter Syed Saddiq.

Memprotes tindakan Syed Saddiq tersebut, Taufik berkata; “Tindakan Syed Saddiq yang membuat kecoh di media sosial, kononnya memecat saya adalah sangat tidak profesional. Ini jawatan Exco, bukannya ketua kampung.

“PPBM masih lagi baru, belum lagi pegang sebarang kawasan, tetapi sudah sesuka hati memecat orang memalui Twitter,” ujarnya.

KEDUA adalah pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr. Mohd Hafiz Rizal Amran.

Hafiz mendakwa keputusan pemecatannya dibuat  secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik AMK mahupun Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” jelas Hafiz lagi, sebagaimana yang dilaporkan Bernama hari ini.

Lebih menarik lagi, Hafiz dipecat oleh Ketua AMK (Pusat) PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hanya melalui aplikasi media sosial Whatsapp.

Persamaan antara keduanya adalah mereka dipecat hanya melalui aplikasi media sosial, tanpa perlu melalui proses surat tunjuk sebab, dihadapkan ke lembaga disiplin parti masing-masing dan dijatuhkan hukuman secara rasmi, samada melalui pernyataan bertulis atau keputusan mesyuarat pucuk pimpinan parti masing-msing.

Apa yang boleh dan mampu keduanya lakukan selain dari melahirkan bantahan melalui pelbagai saluran media sediada?

ASPIRASI PERDANA suka menyarankan kepada kedua-duanya agar mengambil tindakan tegas yang perlu berlandaskan undang-undang tubuh parti masing-masing, demi maruah dan prinsip perjuangan yang mereka dokong selama ini.

Atau keduanya boleh mendapatkan khidmat nasihat peguam masing-masing bagi sebarang tindakan mahkamah yang bersesuaian.

Taufik dan Hafiz juga disarankan agar berkongsi pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Timbalan Presiden PKR yang pernah dipecat dari parti dan kerajaan negeri suatu ketika dahulu.

SEKADAR MAKLUMAN pembaca, ASPIRASI PERDANA  sertakan di sini petikan dokumen permohonan maaf dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”  

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu dan mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

TANPA sebarang tindakan konkrit, Taufik dan Hafiz seumpama Tan Sri Muhyiddin Yassin, kokok berdegar-degar ekor bergelumang taik, tak mampu mencabar keputusan pemecatan atas diri sendiri, inikan pula untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.

SIAPA TAHU untung sabut timbul, untung batu tenggelam buat kedua-dua Taufik dan Hafiz.

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. Taufik Abas Dan Hafiz Rizal Wajar Contohi Khalid Ibrahim | Hot Kelate