MH370 Masih Diselubungi Misteri, Kerajaan Nasihat Usah Buat Spekulasi

“Allahyarham Zahid Houseinaly Reza, banyak memberi sumbangan kepada kerajaan Malaysia dalam membantu proses penyerahan serpihan MH370 yang dijumpai di Madagascar.

“Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarga dan orang tersayang beliau dalam keadaan yang sukar ini,” demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Bernama semalam.

Azharuddin berkata adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk membuat spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar Zahid Houseinaly Reza bulan lepas.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa perkara tersebut masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Kenyataan Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA) itu diterbitkan semalam ekoran laporan akhbar harian Australia, Perth Now yang melaporkan dakwaan Blaine Gibson bahawa Houseinaly dibunuh pada 24 Ogos lalu.

Gibson juga mendakwa bahawa Houseinaly sepatutnya menyerahkan serpihan baharu itu kepada kerajaan Malaysia apabila beliau dikatakan dibunuh.

Gibson yang juga merupakan penyiasat persendirian berkata bahawa mereka yang mengumpul serpihan MH370 menerima ancaman bunuh ekoran penemuan serpihan baru yang diserahkan kepada Houseinaly.

From left: Malaysian investigator Aslam Khan, MH370 hunter Blaine Gibson and Malaysian Consul Zahid Raza, who was murdered last week, pictured at the Ministry of Transport in Madagascar last December.Pasukan penyiasat MH370 Malaysia, Aslam Khan, Braine Gibson dan Zahid Houseinaly Reza

 

Gibson dan pasukan penyiasat berasa amat takut dengan apa yang terjadi pada Houseinaly seraya berkata,  “untuk melindungi mereka yang terlibat kami memutuskan untuk tidak membuat laporan ini sehingga serpihan selamat dihantar ke Malaysia.”

“Di bawah perjanjian antara kedua negara, serpihan itu sepatutnya dikumpulkan oleh Zahid Reza (Houseinaly) sebelum hantar ke Malaysia melalui kurier,” jelas Gibson lagi.

AUSSIE NEWS ABOUT MH370 CONSPIRACYPortal berita Australia melaporkan pagi tadi bahawa penemuan serpihan MH370 tersebut sebagai bukti wujudnya teori konspirasi dalam tragedi misteri tersebut.

 

 

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. MH370: Malaysia Hantar Pegawai Ke Madagascar