Al-Qaeda Seru Jihad Bantu Rohingya

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Al-Qaeda Cawangan Yaman dilaporkan menyeru serangan ke atas Myanmar sebagai tanda sokongan kumpulan tersebut ke atas kelompok minoriti Rohingya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin kanan pertubuhan tersebut setelah junta tentera Myanmar menyerang perkampungan penduduk semalam, demikian menurut pusat pemantauan SITE.

Khaled Batarfi dipercayai menyeru umat Islam Bangladesh, India, Indonesia serta Malaysia agar membantu etnik Rohingya menghadapi musuh-musuh ALLAH (pemerintah Myanmar).

Beliau yang baru dibebaskan dari penjara Yaman dua tahun lepas juga menyeru al-Qaeda Cawangan India agar melakukan serangan ke atas Myanmar, berdasarkan suatu rakaman video oleh sebuah yayasan media al-Mahalem, milik al-Qaeda.

Puluhan ribu  pelarian Rohingya melarikan diri dari kekejaman junta tentera Myanmar yang membakar, membunuh serta melakukan pelbagai kezaliman ke atas etnik minoriti yang berjumlah 1.1 juta orang itu.

Krisis Rohingya bukanlah suatu konflik berdarah yang baru bermula semalam, malah ia telah menjadi isu sejagat apabila Malaysia berjaya membawanya ke pesidangan Bangsa-bangsa Bersatu, tahun lepas.

Ekoran dari itu, Aung San Su Kyi dikecam hebat para pengkritik di seluruh dunia kerana gagal menangani pelbagai aduan dan masalah minoriti Rohingya, terutama gerakan penghapusan etnik oleh sami-sami Buddha dengan bantuan tentera.

Junta tentera  Myanmar menuduh Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) terlibat dalam pembunuhan dan keganasan terbaru yang  mendorong  gerakan besar-besaran serangan tentera ke atas perkampungan Rohingya.

Tiada pertempuran besar-besaran berlaku, sebaliknya  ribuan penduduk kampung  Rohingya melarikan diri dari kekejaman junta tentera Myanmar.

Junta tentera bukan sahaja membakar dan membunuh penduduk kampung, malahan kaum wanita juga dieogol serta pelbagai kezaliman ke atas etnik minoriti yang berjumlah 1.1 juta orang itu.

Krisis Rohingya bukanlah suatu konflik berdarah yang baru bermula semalam, malah ia telah menjadi isu sejagat apabila Malaysia berjaya membawanya ke pesidangan Bangsa-bangsa Bersatu, tahun lepas.

Ekoran dari itu, Aung San Su Kyi dikecam hebat para pengkritik di seluruh dunia kerana gagal menangani pelbagai aduan dan masalah minoriti Rohingya.

Aung San Su Kyi dikecam hebat para pengkritik di seluruh dunia kerana gagal menangani pelbagai aduan dan masalah minoriti Rohingya, terutama gerakan penghapusan etnik oleh sami-sami Buddha dengan bantuan tentera.

Berdasarkan statistik UNHCR,  terdapat kira-kira 58.600 Rohingya telah melarikan diri ke negara Bangladesh dari Myanmar sahaja. -ASPIRASI PERDANA- 

Advertisements

Be the first to comment