Pemimpin Dunia Kutuk Ujian Nuklear Korea Utara

Agensi cuaca Korea Selatan menyatakan gempa bumi buatan manusia yang berlaku hasil dari ujian nuklear Korea Utara adalah 9.8  kali lebih kuat dari ujian nuklear sebelumnya.

Ujian tersebut didakwa  dilakukan di Chilju County di mana terdapatnya tapak nuklear Punggye-ri,  Korea Utara.

Sementara itu pakar geologi Amerika Syarikat menyatakan berlakunya gempa pada skala 6.3 magnitud sewaktu ujian tersebut dijalankan dan pihak keselamatan China menjalankan pemeriksaan keselamatan radiasi sebaik ujian selesai.

Fenomena di atas adalah beberapa reaksi yang hasil dari ujian nuklear keenam, terbesar, paling maju dan dianggap paling berbahaya dilakukan Korea Utara.

Pyongyang beranggapan ujian tersebut sebagai sangat berjaya di mana kekuatan hidrogen mampu dimampatkan ke dalam peluru berpandu jarak jauh. _97648289_041423379

Sementara itu Amerika Syarikat menjadi negara terkini yang mengutuk ujian tersebut di mana pihak Korea Utara dianggap telah engkar terhadap ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang melarang negara republik komunis itu membangunkan tenaga nukelar peluru berpandu jarak jauh. 

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat menganggap kenyataan Pyongyang sebagai “suatu kata-kata yang mengancam dan mengundang permusuhan.” 

Sebelum itu, Korea Selatan, Jepun, China dan Rusia telah menyuarakan kutukan mereka terhadap ujian nuklear keenam itu.

Menteri Luar Jepun, Taro Kono tidak ragu-ragu menyatakan bahawa peralatan seismologis yang mengesan gempa sebenarnya ujian nuklear Korea Utara dan menganggap “ianya tidak boleh diterima.”

Pentadbiran White House mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa Donald Trump akan mengadakan mesyuarat keselamatan mengenainya dan antara usul yang akan dibawa adalah cadangan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin agar diwujudkan  sekatan menghalang mana-mana negara yang berdagang dengan Korea Utara dari menjalankan perniagaan dengan Amerika Syarikat.

Selain dari usul pada mesyuarat keselamatan Amerika Syarikat tersebut,  Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyeru tindak balas yang lebih radikal agar Majlis Keselamatan PBB memencilkan Korea Utara secara total.

Menurut Moon Jae-in, “Saya tidak boleh kecewa dan marah, program senjata Korea Utara mengancam keamanan  dunia  dan hanya akan memencilkan negara  mereka lebih jauh dari dunia”.

Selain dari itu, China juga menyatakan “kutukan ekstrem” dan berkata bahawa Korea Utara “telah mengabaikan pembangkang yang meluas di masyarakat antarabangsa”.

Rusia pula mendesak semua pihak terlibat untuk mengadakan perbincangan, mengatakan ini adalah satu-satunya cara penyelesaian masalah semenanjung Korea.

Perdana Menteri UK Theresa May berpendapat ujian nuklear tersebut sebagai melulu dan merupakan ancaman yang tidak dapat diterima lagi oleh komuniti  antarabangsa.

May menyeru para pemimpin dunia untuk bersama-sama menghalang “tindakan yang menggugat kestabilan” Korea Utara.

Meski pun ujian nuklear Korea Utara ini memberi gambaran bahawa peluru berpandu nuklear mereka mampu sampai ke Amerika Syarikat, tetapi konflik antarabangsa di kalangan kuasa-kuasa besar menjurus ke arah perang dunia ketiga bakal meletus di kepulauan Asia Pasifik. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment