Fuzi Harun Ganti Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya dilantik sebagai ketua polis negara yang baharu mengganti Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid bersara hari ini setelah 41 tahun memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam polis. Menurut Khalid, “Saya diberi peluang untuk berjihad ke jalan Allah SWT melalui tanggungjawab hisbah ke atas saya sebagai khalifah di muka bumi ini, untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

“Semakin saya mendekati garisan penamat, saya sedar itulah keputusan terbaik yang pernah saya buat seumur hidup saya,” tambah beliau.

Sementara itu, Fuzi  menandatangani dokumen penyerahan tugas sebagai Ketua Polis Negara yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Fuzi yang berkelulusan sarjana di bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu pernah menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antaranya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (operasi/counter terrorism) Bukit Aman dan Pengarah Pengurusan PDRM.

Fuzi juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis negara ketika penyandangnya Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara wajib pada 2014.

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara.

Mohamad Fuzi dilantik Ketua Polis Negara ke-11

Anak kelahiran Parit, Perak ini mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya.

 

Advertisements

1 Trackback / Pingback

  1. Keamanan Dan Keselamatan Rakyat Adalah Keutamaan Kami – Khalid Abu Bakar