Keamanan Dan Keselamatan Rakyat Adalah Keutamaan Kami – Khalid Abu Bakar

“Kami sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman keganasan dari pelbagai elemen, sama ada asing atau domestik.

“Polis Diraja Malaysia terutamanya Bahagian Counter Terrorism, sentiasa proaktif dalam mengumpul perisikan yang boleh bertindak dan mengambil langkah yang perlu untuk membendung ancaman keganasan,” demikian tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar pada The STAR semalam.

Khalid yang bersara sebagai Ketua Polis Negara hari ini mengesahkan penangkapan lapan anggota militan Abu Sayyaf Group (ASG) di Kuala Lumpur Rabu lalu.

Menurut beliau lagi, Bukit Aman sentiasa bekerjasama rapat dengan rakan setugas mereka dari Filipina untuk memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai tempat persembunyian untuk militan. 

“Keamanan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan kami,” jelas Khalid.

 

Sumber mengatakan lapan orang militan, termasuk pemimpin mereka  ASG Hajar Abdul Mubin, ditangkap dalam satu operasi di Cheras pada malam Hari Kebangsaan 30 Ogos Rabu lepas.

Hajar, yang juga dikenali sebagai Abu Asrie, ditangkap bersama seorang warga Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam orang rakyat Malaysia keturunan Filipina dari Sabah.

Abu Asrie, 25, merupakan anggota sayap kiri Lucky Jolo yang berpengkalan di Jolo serta mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf yangberoperasi dari  pedalaman hutan Jolo dan Basilan, di selatan Filipina.

Sumber perisikan Filipina menyatakan bahawa kumpulan Lucky 9 terlibat dalam kegiatan tebusan bagi mendapatkan wang tebusan di pekan Jolo.

Sesetengah anggota kumpulan Lucky 9 mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang sedang bersembunyi di Jolo lantaran pasukan keselamatan Filipina memerangi kumpulan tersebut secara besar-besaran kerana terbabit dalam kes-kes penculikan di pantai timur Sabah.

Abu Asrie, yang berpusat di Basilan, dipercayai berhijrah  ke Malaysia pada 2015 selepas bertemu dengan anggota DAESH Malaysia,  Dr. Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein dan Muhammad Joraimee di Basilan

Sementara itu rakyat Malaysia, yang ditangkap pula berusia antara 20 dan 52 tahun, dipercayai berasal dari Sandakan dan bekerja di Kuala Lumpur.

Suspek-suspek lain merupakan pengawal keselamatan dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) atau Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA), demikian kata sumber itu.

Advertisements

Be the first to comment