Misi Gunung Elbrus: 19 Pendaki Malaysia Selamat

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia tiba di puncak Gunung Elbrus dan kemudian turun dengan selamat di kaki gunung pada Ahad.

Wisma Putra berkata, mereka sampai di puncak gunung setinggi 5,642 meter itu yang merupakan gunung tertinggi di Eropah pada pukul 8.30 pagi Ahad dan kemudian dipindahkan ke tempat selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

“Para pendaki akan dipindahkan ke lapangan terbang berhampiran di Moneralnye Vody sebelum diterbangkan keluar daripada Moscow,” kata kenyataan Wisma Putra.

Ia berkata, kerajaan Malaysia melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan Rusia atas keprihatinan dan usaha mereka dalam menyelamatkan rakyat Malaysia yang terbabit dengan bencana tersebut.  Kumpulan pendaki menaiki trak menuju ke pusat pemindahan di Perkampungan Terskol. Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu SamahEnam anggota pendaki wanita Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dan 13 pendaki Malaysia lain terkandas di kawasan pergunungan Elbrus di Republik Kabardino-Balkar di Kaukasus Rusia berikutan banjir lumpur pada Jumaat.

Dilaporkan para pendaki itu akan diterbangkan pulang dan dijangka tiba esok.

-BERNAMA-

Advertisements

Be the first to comment