Peruntukan Hal Ehwal Islam Dikurangkan. Diskriminasi Atau Anti Islam?

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam saban tahun bermula daripada bajet 2009 mencecah RM50 juta setahun dan adalah di antara yang tertinggi.

Kenyataan Joseph Lim Guan Eng tersebut dimuatkan dalam ucapan beliau sempena pembentangan Bajet 2017 Pulau Pinang.

Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa peruntukan untuk hal ehwal agama Islam meningkat hampir 100 peratus berbanding 2008, apa yang cuba digambarkan oleh Ketua Menteri Joseph Lim Guan Eng adalah kepimpinan beliau tidak mendiskriminasikan agama Islam dalam pentadbirannya.

Lebih jauh dari itu, mereka menganggap diri mereka sebagai pembela Islam dan Melayu serta memfitnah pihak-pihak yang menganggap bahawa kerajaan negeri anti-Islam dan anti Melayu di media alernatif milik mereka.

Benarkah dakwaan tersebut?

Joseph Lim sewajarnya memberitahu rakyat bahawa NISBAH PERUNTUKAN bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di bawah pentadbiran beliau telah menurun sehingga 60 peratus dari bajet kerajaan negeri sejak 2008 hingga 2017 sebagaimana dilaporkan banyak pihak.

Dan lebih mendukacitakan apabila nama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Hj. Abdul Rahman Abbas diseret sekali untuk membenarkan pembohongan Joseph Lim terhadap rakyat Pulau Pinang.

Tidak salah sekiranya rakyat Malaysia beranggapan bahawa Joseph Lim mengalami sindrom akut fakta apabila tidak mengemukakan data sebenar pengurangan peruntukan untuk pembangunan hal ehwal agama Islam (tahun yang paling hampir) sewaktu pembentangan Bajet 2017 lalu.

Sindrom akut fakta Joseph Lim ini menjelaskan mengapa beliau menoleh ke belakang (Bajet 2009) sewaktu pembentangan Bajet 2017 (bukan data 2016, 2015 atau 2014) dan mengapa isu ini dimainkan semula menjelang pilihanraya umum ke 14 melalui pelbagai platfom media sosial.

Jika kita meneliti data dan fakta semasa, kita akan dapati bahawa semenjak 2014, peruntukan bagi hal ehwal agama Islam telah dikurangkan berbanding peruntukan keseluruhan kerajaan negeri, samada dari segi jumlah peruntukan mahu pun nisbah peratusannya. (kecuali bertambah jumlah dari 2014 ke 2015 tetapi peratusan tetap berkurangan)

PicsArt_09-04-11.20.57

Ini yang sepatutnya Joseph Lim nyatakan kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak memperalatkan TYT Yang Di Pertuan Negeri dengan menyembunyikan data serta fakta sebenar untuk mempengaruhi rakyat mempercayai kerajaan negeri.

Apabila diteliti data dan fakta sebenar, terdapat pengurangan yang ketara bagi peruntukan hal ehwal agama Islam dari tahun 2014 hingga 2017.

Meski pun peruntukan kerajaan negeri bertambah dari RM745.54 (pada 2014) ke RM 1,350.00 juta (pada 2017), tetapi peruntukan bagi hal ehwal agama Islam berkurangan sebanyak 3.346% iaitu 7.003% (pada 2014) merosot kepada 3.657% (pada 2017).

Apakah beliau mahu membohongi rakyat Pulau Pinang dengan terus menyembunyikan data tersebut dan masih mengaku tidak mendiskriminasikan umat Islam dan agama bagi Persekutuan itu?

Sikap lunak beliau yang mahu mentadbir ala Khalifah Umar Abd Aziz jelas merupakan pepat di luar rencong di dalam apabila terus memotong peruntukan bagi hal ehwal agama Islam pada Bajet 2017 Pulau Pinang, tetapi membuat tambahan pada peruntukan kerajaan negeri.

Jika kita amati dari tahun 2014 hingga 2017, jumlah peruntukan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1,352 524.14 juta (RM 1.353 billion) sedangkan jumlah peruntukan bagi hal ehwal agama Islam pula sebanyak RM 215.31 juta dengan nisbah peratusan sebanyak 0.0159 peratus.

Ini bermakna, sepanjang empat tahun terakhir pemerintahannya,  Joseph Lim hanya memperuntukan 0.016 peratus dari jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan negeri untuk hal ehwal agama Islam.

Ternyata peruntukan untuk pembangunan Islam dan umatnya di Pulau Pinang senantiasa dikurangkan, tahun demi tahun oleh kerajaan negeri.

Malahan, pembangunan Islam dan umat Islam Pulau Pinang kini seolah-olah menjadi kewajipan utama kerajaan pusat apabila agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut sama memberikan pelbagai sumbangan dan bantuan membantu perkembangan Islam di Pulau Pinang, bagi menampung kekurangan peruntukan kerajaan negeri.

Apakah ini yang dikatakan sebagai membela Islam atau sememangnya beliau dan kerajaan negeri telah mendiskriminasi umat dan agama Islam?

Advertisements

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Peruntukan Hal Ehwal Islam Dikurangkan. Diskriminasi Atau Anti Islam? | Hot Kelate
  2. Pulau Pinang : Peruntukan Hal Ehwal Islam Dikurangkan. Diskriminasi atau Anti Islam? – MyEhwal