Isteri Panas Baran Ditembak Mati Suaminya

Jakarta – Suatu perbualan antara mangsa pembunuhan Indria Kameswari dan suaminya Abdul Malik Azis @ AM dikatakan tersebar luas di aplikasi WhatsApp meski pun pihak polis menegaskan bahawa ianya bukan berasal dari pegawai penyiasat.

INDRIA KAMESWARI“Bukan dari penyiasat, belum disahkan ianya (perbualan tersebut) dari penyiasat,” jelas  Dirkrimum Polda Jawa Barat Kombes Umar S Fana,  Isnin lalu (semalam).

Polis juga belum menemukan bukti rakaman yang berisi transkrip perbualan yang tersebar.

Dalam transkrip perbualan di WhatsApp itu, disebut terdapatnya perbualan panjang lebar mereka suami isteri, sebelum kejadian pembunuhan berlaku ke atas Indria.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Pihak polis juga belum menemui apa-apa rakaman mengenai perbualan tersebut meski pun telah merampas telefon bimbit dari Abdul Malek.

Abdul Malek merupakan suspek pembunuhan, ditangkap di rumah kawannya di Batam.

Polis juga sedang menyiasat pembunuhan terancang  yang dilakukan Abdul Malek dan sedang mencari bahan bukti berupa senjata api.

Menjelaskan situasi tangkapan ke atas Abdul Malek, Umar menyatakan, “Ditangkap dalam keadaan normal, ada di rumah kenalannya, tidak melawan dan langsung pasrah.”

Abdul Aziz bagaimana pun masih belum direkodkan keterangannya memandangkan sesi soal siasat mendapati keteranganya sering berubah.

Keterangan lanjutan darinya bakal direkodkan apabila mendapat kerjasama sepenuhnya dan pihak polis selesai menyiasat latarbelakangnya.

“Pengakuannya seringkali berubah, masih belum memberikan kerjasama sepenuhnya. Kami tidak boleh menjadikan pengakuan sementara ini sebagai bahan bukti, boleh jadi ia modus operandinya, latar belakangnya masih kita siasat,” jelas Umar.

Indria Kameswari 38, merupakan mangsa dan isteri kepada Abdul Malik.

Advertisements

Be the first to comment