Menjelang Pemilihan CEC DAP Oktober: Bekas Ahli Tuntut Ketelusan Dan Keadilan

BUTTERWORTH 5 September –  “Kami bantah sekeras-kerasnya sekiranya firma-firma yang ada hubung kait dengan pimpinan tertentu DAP seperti PKF dan KPMG terpilih. Kami mahu pemilihan semula diadakan tanpa sebarang keraguan munasabah,” tegas bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan.

Asoghan bagaimana pun tidak menyatakan samada bekas-bekas pemimpin parti ultra perkauman DAP yang dipecat sebelum ini mahu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjadi pelaksana dan juruaudit bagi pemilihan parti tersebut.

Asoghan dan mereka yang pernah dipecat oleh parti ultra perkauman DAP wajar mempertimbangkan kecemerlangan SPR mengendalikan 13 kali pilihanraya umum di Malaysia dan mendesak pucuk pimpinan parti tersebut agar menjemput SPR sebagai pelaksana pemilihan CEC DAP pada kali ini.

Selain membantah penglibatan mana-mana firma perunding yang ada kaitan dengan DAP,  Asoghan juga mahu DAP mengemukakan secara terbuka senarai penuh nama dan nombor kad pengenalan perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC DAP) parti itu.

Menurut Asoghan, senarai itu perlu didedahkan dan disiarkan dalam pelbagai media arus perdana pelbagai bahasa bagi memastikan pemilihan semula yang bakal diadakan menggunakan sepenuhnya perwakilan yang sah pada pemilihan Disember 2012.

Senarai juruaudit yang bakal dilantik oleh parti ultra perkauman DAP itu juga perlu disiarkan dalam media sebagaimana nama-nama perwakilan yang sah, demikian tambah Asoghan.

Ia bagi memastikan sebarang unsur penipuan dan pemalsuan nama perwakilan yang layak mengundi tidak berulang seperti yang terjadi sebelum ini.

Menurut Asoghan lagi, “Langkah ini penting untuk mempertahankan maruah parti dan kami perwakilan yang layak mengundi mahu proses pemilihan semula ini diadakan secara bersih, telus dan adil.

“Pada masa sama, kami juga mahu menyelamatkan DAP daripada belenggu spesis perosak dalaman yang banyak mengkucar-kacirkan parti selama ini,” tambah beliau.

Permintaan seterusnya dari Asoghan dan para pemimpin DAP lain adalah supaya pemerhati tidak dibenarkan masuk semasa pemilihan semula itu berlangsung dan pengiraan undi hendaklah dilakukan di hadapan anggota perwakilan.

Parti ultra perkauman DAP sebelum ini mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula CEC berikutan  arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada bulan Julai lalu, yang mengisytiharkan pemilihan CEC DAP pada Disember 2012 sebagai tidak sah dari sudut undang-undang tubuh parti itu.

Meski pun sebelum ini parti ultra perkauman tersebut tidak menetapkan sebarang tarikh bagi pemilihan semula CEC DAP, namun keputusan akhirnya dicapai di mana ia akan diadakan pada 1 Oktober 2017 nanti.

Justeru, parti tersebut diarahkan ROS menggunakan semula senarai yang layak mengundi pada pemilihan CEC 2012 melibatkan seramai 2,576 perwakilan dari 865 cawangannya. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment