Petani Dipenjara 115 Tahun Dan Sebat 20 Kali

PETANI dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan merogol dan satu tuduhan mencabul anak kandungnya antara September 2014 hingga Julai lalu.

Hakim Jason Juga bagaimanapun memerintahkan tertuduh, 49, hanya menjalani hukuman penjara 22 tahun dan empat sebatan selepas semua hukuman diarahkan berjalan serentak dari tarikh ditahan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dituduh merogol anaknya di pondok di kebun kelapa sawit di Kabong pada September 2014 ketika mangsa berusia 12 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki terbabit didakwa merogol mangsa dalam bilik tidur di rumah tidak bernombor di Kabong antara Januari hingga Disember 2015.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di dalam bilik mandi di rumah tidak bernombor di Kabong antara Januari hingga Julai tahun ini.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa di dalam bilik tidur rumah yang sama pada Januari dan Mei lalu dan bagi kesalahan itu tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan mencabul pula, dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam kereta di tepi jalan, Kampung Sebuyau, Sri Aman pada Julai lalu dan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman Asisten Superintendan Jessica Unchi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  –Sumber-

Advertisements

Be the first to comment