ISU ROHINGYA: AGENDA BESAR Najib Jumpa Trump – Asyraf Wajdi

YAB Perdana Menteri membawa agenda besar apabila melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, bermula hari ini.
 
Agenda besar tersebut adalah mengenengahkan isu etnik Rohingya di Myanmar, demikian ditegaskan oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
 
Menurut beliau, “Perdana Menteri akan ke AS dan bertemu Donald Trump dan salah satu agenda yang paling besar adalah berkenaan Rohingya.”
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mahu supaya agenda etnik Rohingya yang bakal diketengahkan oleh Najib sewaktu bertemu Trump tidak dipolitikkan.
“(Perkara) ini tidak boleh dipolitikkan, hal-hal melibatkan kemanusiaan,” jelas Asyraf.
 
Asyraf berkata demikian tatkala mengetuai rombongan Tabung Haji menziarahi keluarga Wan Mohd Zamri Wan Zakaria yang meninggal dunia di Mekah, 5 September lalu.
 
Najib dijadualkan bertemu Trump pada 12 September ini di Washington DC.
untuk menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat itu terhadap agenda besar tersebut.
 
Pembersihan etnik Rohingya menjadi isu hangat bukan sahaja kepada dunia Islam malah telah mencetuskan kebimbangan sejagat lantaran tindakan kejam dan ganas regim Myanmar di Rakhine.
 
Aung San Suu Kyi mengambil pendirian berdiam diri sepanjang krisis berlangsung tidak memberikan sebarang maklum balas atas kekejaman junta tentera Myanmar.
 
Lebih 270,000 etnik Rohingya dilaporkan oleh UNHCR melarikan diri dan menyeberangi sempadan Myanmar menuju Bangladesh, semenjak krisis tercetus minggu lalu.
 
Arsyraf menyeru agar rakyat Malaysia agar bersatu hati dan senada dalam menyatakan pendirian terhadap isu tersebut, tanpa mengira kepentingan politk dan kaum.
 
Menurut Asyraf lagi, semua kaum di negara ini perlu menyokong usaha-usaha YAB Perdana Menteri dalam perkara ini.
 
Menurut Asyraf lagi, “Saya rasa penganut agama Buddha dan agama-agama lain juga tidak bersetuju dengan apa yang berlaku terhadap golongan ini (Rohingya).
 
Kita harap Amerika juga mendesak supaya PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini,” jelas Asyraf. – ASPIRASI PERDANA-
Advertisements

Be the first to comment