Tuanku Abdul Halim Lakar Sejarah Naiki Takhta Agong Dua Kali

  ALOR SETAR, 11 September -- Lebih kurang jam 6.30 petang tadi, YAB Menteri Besar Kedah mengumumkan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah dalam satu sidang akhbar khas di Wisma Darul Aman. Baginda disahkan mangkat jam 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sehubungan dengan itu juga seluruh Kedah diisytiharkan cuti... Continue Reading →

Nor Mohamed Yakcop Perlu Berani Berkata Benar – Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia

“Beliau sepatutnya mencontohi bekas-bekas Gabenor BNM seperti Tan Sri Aziz Taha dan Tan Sri Ahmad Mohd. Don yang berani menentang tindakan yang salah,” kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul  Aziz Tunku Ibrahim. “Kalau tahu perkara ini tidak betul, beliau sepatutnya bersuara, menentang serta menghalangnya daripada berlaku," jelas Tunku Abdul Aziz lagi, dalam satu... Continue Reading →

Malaysia Hadapi Bahaya Pemerintahan Diktator

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak megecam para pemimpin pakatan pembangkang kerana memburuk-burukkan nama Malaysia dalam media-media antarabangsa dengan tuduhan liar dan palsu,  kononnya Malaysia menghadapi bahaya pemerintahan diktator. Beliau menyatakan demikian dalam blog beliau najibrazak.com dan disiarkan menjelang ketibaannya untuk lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat, mulai 11 hingga 13 September. Najib... Continue Reading →

1,798 Calon Duduki UPSR Di Putrajaya

PUTRAJAYA 11 Sept.- Sebanyak 1,798 calon di sini mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Pemahaman dan Penulisan. Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) (SKPP8(1)) mendapati sebanyak 132 calon hadir dan sesi peperiksaan berjalan dengan lancar. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar... Continue Reading →

Eco Challenge Ride Diiktiraf MBOR

Alor Gajah: Kejohanan Eco Challenge Ride sejauh 120 kilometer di Alor Gajah semalam, mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai kejohanan membabitkan trek off road terpanjang di Malaysia. Penganalisis Kajian MBOR Muhammad Shukri berkata, pengiktirafan itu diberi selepas pihaknya berpuas hati dengan cadangan kertas kerja disediakan penganjur. “Sebelum ini belum ada dalam catatan rekod trek terpanjang... Continue Reading →

Up ↑

%d bloggers like this: