Eco Challenge Ride Diiktiraf MBOR

ALOR GAJAH 09 SEPTEMBER 2017. Program Kayuhan Basikal Fire X Ride International Eco Challenge 120km dan Jamboree 40km di Dataran Keris sempena 'Urban Environmental Accords' (UEA) Melaka Summit 2017. NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN

Alor Gajah: Kejohanan Eco Challenge Ride sejauh 120 kilometer di Alor Gajah semalam, mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai kejohanan membabitkan trek off road terpanjang di Malaysia.

Penganalisis Kajian MBOR Muhammad Shukri berkata, pengiktirafan itu diberi selepas pihaknya berpuas hati dengan cadangan kertas kerja disediakan penganjur.

“Sebelum ini belum ada dalam catatan rekod trek terpanjang basikal bukit namun berdasarkan penyelidikan kami, kejohanan mahupun penganjuran membabitkan basikal bukit sebelum ini hanya membabitkan trek off road sejauh 80km.

“Dalam pada itu, untuk menganugerahkan pengiktirafan ini, kami juga meneliti trek dan mendapatkan kepastian dari segi tahap keselamatan serta bentuk muka bumi,” kata Muhammad.

Sementara itu, penganjur Pengarah Korporat dan Komunikasi Kelab Basikal Lasak Alor Gajah (Cycle X MTB) Mohd Roszei Nong Chik berkata, pihaknya mengambil masa empat bulan bagi menjejak trek 120km itu, malah pengarah trek sendiri menyelidik trek terbabit yang hanya membabitkan laluan dalam daerah Alor Gajah. -MyMetro-

Advertisements

Be the first to comment