Halimah Hampir Pasti Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura

SINGAPURA 12 September- Halimah Yacob dijangka menjadi presiden wanita Melayu pertama Republik Singapura setelah  lebih dari 47 tahun republik tersebut tidak mempunyai presiden di kalangan kaum Melayu.

Ia berikutan keputusan  Jabatan Pilihanraya (ELD) mengisytiharkan hanya terdapat seorang sahaja calon pemilihan presiden yang melepasi had kelayakan bagi pilihanraya pada 23 September ini.

Keputusan ELD pada hari ini mendapati   hanya seorang sahaja individu yang menerima kedua-dua sijil kelayakan dan sijil komuniti.

ELD bagaimana pun tidak menamakan individu tersebut.

Halimah, 62, merupakan  satu-satunya calon yang secara automatik memenuhi syarat kelayakan.

Beliau juga merupakan bekas Speaker Parlimen Singapura yang telah berkhidmat cemerlang selama tiga tahun

Sebuah laporan portal berita menyebut bahawa dua orang lagi calon presiden,  Farid Khan 62, dan Mohamed Saleh Merican 67, ditolak permohonan mereka.

Halimah dijangka  menjadi Presiden Singapura kelapan dan wanita pertama yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara.

Hari pencalonan pilihanraya bagi memilih Presiden Singapura di kalangan kaum  Melayu akan diadakan pada 13 September 2017, esok.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga, Ng Wai Choong, dijangka  mengisytiharkan Halimah sebagai Presiden Singapura yang baru pada hari tersebut.

Pilihanraya Presiden tahun ini telah dikhaskan untuk kaum  Melayu, berikutan perubahan kepada Skim Presiden yang dilantik oleh Parlimen pada November 2016 lalu.

Perubahan membenarkan pemilihan itu dikhaskan untuk kaum  tertentu yang tidak mempunyai wakil yang dipilih selama lima penggal berturut-turut. 

Yusof Ishak merupakan  Presiden pertama Singapura dan satu-satunya kaum  Melayu yang telah memegang jawatan itu sehingga dia meninggal pada tahun 1970.

Selaku Presiden Pertama Singapura, Yusof tidak dilihat oleh para pengkritik dan ultra Melayu sebagai presiden yang banyak memberi sumbangan besar ke atas kelansungan kaum tersebut, apakah Halimah mampu berbuat lebih baik dari beliau atau sebaliknya? -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment