Pelarian Rohingya Dihantar Ke Sarawak Palsu – Menteri

PUTRAJAYA 13 September – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara ini tidak akan dipindahkan ke Bau dan Serian, Sarawak sebagaimana ditularkan melalui media sosial.
 
Menurut beliau, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.
 
“Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak merupakan berita palsu dan meminta semua pihak tidak mempercayainya,” jelas Richard.
 
Richard juga turut menggesa supaya mana-mana pihak yang menerima berita palsu ini melalui media sosial segera melaporkan kepada pihak berkuasa agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Advertisements

Be the first to comment