PADERI MELAYU DARI SINGAPURA – Provokasi Menjelang Pesta Arak dan PRU 14.

Sekitar jam 2.00 petang tadi umat Islam digemparkan dengan mesej provokasi yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.
 
Mesej yang membawa maksud kehadiran 40 orang paderi Melayu dari Singapura tersebut bukanlah mesej pertama yang bermotifkan sentimen agama.
 
Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan kisah yang sama, kehadiran paderi Melayu dari Singapura ke Malaysia, sekitar 2010-2012.
 
Selain dari itu, isu yang seiring dengan kisah paderi tersebut adalah isu Persatuan Melayu (Murtad) Kristian serta kalimah ALLAH.
 
Ketiga-tiga isu di atas merupakan isu provokasi pihak-pihak tertentu dengan beberapa objektif.
 
(i) Meraih simpati penganut agama tertentu menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
 
(ii) Memberi gambaran negatif terhadap maklumbalas umat Islam terhadap agama lain dengan kehadiran paderi-paderi Melayu di kalangan mereka
 
Kemungkinan ada yang berpendapat bahawa ianya merupakan provokasi pihak tertentu untuk menanamkan kesedaran di kalangan umat Islam.
 
Pandangan sebegini adalah tersasar jika kita melihat kepada impak yang diperolehi oleh musuh-musuh Islam selepasnya.Paderi Melayu 4
 
Pada 2 September 2016, sekali lagi isu kehadiran paderi Melayu dari Singapura dimainkan di laman mikro Twitter dan Facebook.
 
Provokasi isu ini pada ketika itu dilihat bagi mencetuskan suasana panik di kalangan umat Islam dan capaian kongsian di laman Facebook melebihi 3,000. 
 
Ianya juga boleh dilihat untuk mencetuskan suatu suasana sibuk dan leka pihak kerajaan menguruskan persepsi (panik) rakyatnya. Paderi Melayu 1
 
Ketika itu, perancangan besar yang telah dan sedang berjalan adalah memastikan bahawa Malaysia Akan Bankrap Pada September 2016 sebagaimana yang dicanangkan oleh pihak tertentu, setahun sebelumnya.
 
Dan pada hari ini kita menyaksikan isu paderi Melayu dari Singapura dimainkan sekali lagi, di saat kontroversi isu Pesta Arak Octoberfest 2017 melanda.
 
Apakah ianya suatu kebetulan atau terdapatnya perancangan siatematik bagi melancarkan perang psikologi terhadap umat Islam melalui isu ini?
 
Umat Islam bernasib baik kerana tiada mana-mana institusi agama mereka diserang oleh para penganut agama Octoberfest, sebaliknya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi amaran agar jangan jadi jaguh agama oleh beberapa fanatik Evangelish.
 
Sekiranya terdapat mana-mana institusi agama Islam yang memberi reaksi balas yang keras terhadap Pesta Arak, tidak mustahil bentuk serangan pihak-pihak tertentu akan berubah.
 
Oleh kerana yang menentang keras Pesta Arak Octoberfest 2017 adalah pelbagai pertubuhan siasah dan badan bukan kerajaan, maka provokasi isu paderi Melayu dilihat lebih sesuai.
 
Galak Pesta ArakMotifnya?
 
Sebagaimana dinyatakan di atas, terdapat sekurang-kurangnya dua objektif yang boleh dicapai, pertamanya meraih simpati dan keduanya memberi imej negatif.
 
Dari kedua-dua objektif tersebut, tersirat matlamat akhir pihak yang berkepentingan, Pilihanraya Umum (PRU) ke 14.
 
Tidak hairanlah samada kecaman keras terhadap DBKL atau keinginan yang kuat untuk menjayakan Pesta Arak, golongan tersebut sebenarnya sedang membina momentum hasutan dan kebencian di kalangan rakyat Malaysia.
 
Momentum ini akan berterusan sehingga saat akhir pembubaran parlimen bagi memulihkan kepercayaan pengikut dan penyokong mereka yang semakin hilang kepercayaan kepada mereka atas pelbagai sebab.
 
Umat Islam disarankan agar lebih berhati-hati dengan taktik licik dan halus golongan evangelis dan/atau sekutu mereka yang bertopengkan parti politik dan sistem demokrasi.
 
Sikap mudah melatah menerima sesuatu perkhabaran tanpa meneliti sumber dan membuat semakan wajar dihindari oleh umat Islam, apatah lagi menyebarkannya tanpa mengetahui kesahihan sesuatu berita.
Advertisements

Be the first to comment