Ketua Biro Agama AMK PKR Ditawan DAP

Pada 5 Januari 2017 lalu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.
 
Saifudiin dilihat pemerhati politik tidak mempunyai apa-apa fungsi dan tanggungjawab membina dalam parti yang diasaskan demi perjuangan keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu.
 
Justeru itu, beliau diberi peranan yang lebih baik sebagai Penasihat Strategik Joseph Lim bagi mendakyah orang-orang Melayu dan umat Islam agar menerima kepimpinan DAP, khususnya di Pulau Pinang.
 
Pada hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam PKR apabila Pengerusi Biro Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri pulau mutiara itu.
Wan Ji berusia 35 tahun dan berasal dari Kelantan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar.
 
Wan Ji yang terkenal dengan perjuangannya menghapuskan institusi beraja di Malaysia seringkali mencetuskan kontroversi dengan pelbagai fatwa dan doktrin yang tidak selari dengan pegangan majoriti umat Islam Malaysia.
 
Selain dari komited dengan perjuangannya menghapuskan institusi beraja, Wan Ji juga tidak segan silu menghina Institusi Kesultanan Melayu melalui pelbagai ceramah dan penulisan beliau.

Rakyat Pulau Pinang melihat perlantikan Wan Ji dilihat untuk membantu Saifuddin mendakyah orang-orang Melayu dan umat Islam agar menerima kepimpinan Joseph Lim dan DAP, apabila saban hari rakyat Pulau Pinang semakin sedar dan bangkit dari kezaliman parti warisan PAP Singapura tersebut. 

Terdahulu dari Saifuddin dan Wan Ji, Joseph Lim sudah pun mempunyai seorang Pegawai Penerangan Kepada Ketua Menteri bernama Haji Zaidi Ahmad, seorang pegawai tentera yang dipecat kerana tindakan disiplin.
Berbekalkan tiga orang Melayu sebagai pegawai kanan beliau, Joseph Lim dan DAP mempamerkan kesungguhan dan sikap agresif parti ultra perkauman itu untuk menambat hati orang-orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam, terutamanya di saat Pilihanraya Umum (PRU) Ke 14 semakin hampir.
Dengan perlantikan tersebut juga, rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa tanpa kuasa majoriti di Parlimen, mereka (DAP) mampu menguasai Pakatan Harapan dan memerintah Malaysia (melalui proksi), sekiranya PH menang PRU 14 nanti.
Advertisements

Be the first to comment