PEMIMPIN UTAMA DAESH ASIA TENGGARA MATI TERBUNUH

MARAWI CITY, Filipina, 19 Okt. – Tentera Filipina hari ini mendakwa terdapat kebarangkalian besar perancang utama serangan bandar Marawi, Dr. Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, di sini malam tadi.
 
Dilaporkan bahawa operasi sepanjang malam itu, seramai 13 orang terbunuh dan tidak semestinya mereka adalah militan. Timbalan Komander Kolonel Romeo Brawner berpendapat, pihaknya memerlukan siasatan lanjut termasuk menyoalsiasat tebusan.
Beliau yang juga ketua operasi ketenteraan di situ juga berkata mereka perlu melakukan ujian saintifik meski pun polis percaya Mahmud merupakan antara individu yang terbunuh.

“Kebarangkalian besar Dr Mahmud ada di kalangan mereka yang terbunuh,” jelas Brawner.  

“Petunjuk kami adalah bahawa ada kepercayaan yang nandun po dia (Kami percaya dia ada di sana) di kalangan pejuang yang tinggal dan ia juga didedahkan oleh tebusan yang diselamatkan malam tadi,” jelas  Brawner lagi.

Brawner juga menyatakan bahawa dua tebusan diselamatkan pada Rabu malam tadi, menjadikan kesemuanya 1,772  orang diselamatkan semenjak pertempuran bermula pada 23 Mei. Setakat  jam 6 pagi tadi (Khamis), 850 pengganas, 163 tentera kerajaan dan 47 orang awam terbunuh di Marawi, menurut Brawner lagi.

Kepungan DAESH Marawi terhadap bandar tersebut menyebabkan Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh Mindanao.

Mahmud seorang rakyat Malaysia merupakan mantan pensyarah Universiti Malaya dipercayai menjadi suspek utama yang mendalangi kepungan di Marawi yang berlanjutan selama lima bulan dan pemimpin utama DAESH Asia Tenggara. 

Kematian Mahmud dijangka akan digantikan dengan pemimpin baru, menurut sumber-sumber perisikan dan ketenteraan Filipina.

Advertisements

Be the first to comment