Pemilihan CEC DAP: Ketua Menteri Masih Membisu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng masih membisu samada beliau akan bertanding atau tidak pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC DAP) DAP.
 
Sikap membisu Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu menimbulkan teka teki setelah saranan agar beliau tidak sewajarnya bertanding dalam pemilihan semula parti tersebut dilontarkan oleh seorang bekas ahli parti.
 
Rahmat Isahak kelmarin  memberikan alasan isu integriti dan maruah sebagai alasan yang wajar bagi Joseph Lim untuk tidak bertanding memandangkan beliau sedang berhadapan dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah.
 
Rahmat yang juga merupakan Naib Pengerusi Parti Alternatif Rakyat (PAP berkata, “Secara rasionalnya mengecualikan dirinya sebagai calon adalah contoh terbaik … pada ketika beliau sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah walaupun Guan Eng enggan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri.
 
“Malah beliau juga perlu menolak sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan parti bagi kali ke-3 kelak selesai,” tambah Rahmat lagi.
 
Beliau juga berpendapat Joseph Lim perlu menolak sebarang pencalonan (sekiranya ada) dan sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan selesai kelak.
 
Berhubung dengan soal transformasi akhlak dan elemen integriti, Rahmat menegaskan, “Inilah masa ter­­baik seorang pemimpin seperti Guan Eng mentransformasikan soal akhlak mulia serta elemen integriti dalam memastikan perwa­kilan DAP dapat melakukan suatu pembaharuan demi kepenti­ngan ahlinya.
 
“Jangan jadikan alasan senarai pemilihan Disember 2012 sebagai satu kewajipan untuk beliau menjadi calon, tetapi adalah menjadi hak eksklusif beliau untuk menentukan kedudukannya dari sudut maruah sendiri serta parti,” ujar Rahmat lagi.
 
Dalam pada itu, Rahmat berkata, pentadbiran DAP tidak akan menjadi isu atau cacat sekiranya tanpa penglibatan Guan Eng memandangkan ja­watannya sebagai Setiausaha Agung sebelum ini juga tidak diiktiraf ROS.
 
Menurut Rahmat lagi, “Jangan jadikan alasan bahawa senarai pemilihan Disember 2012 sebagai satu kewajipan untuk beliau menjadi calon disebabkan atas arahan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), tetapi adalah menjadi hak eksklusif beliau untuk menentukan kedudukannya dari sudut maruah sendiri serta parti.
 
“Tidak mungkin timbul soal pentadbiran DAP akan menjadi cacat tanpa penglibatan Guan Eng kerana sebelum ini pun kecacatan terhadap dua pemilihan tidak diiktiraf oleh RoS adalah di ketika beliau menjadi setiausaha agung,” tambah Rahmat lagi.
 
Parti ultra perkauman DAP yang memerintah Pulau Pinang terkenal dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) sewaktu awal pertuduhan dikenakan ke atas Jospeh Lim memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ketua Menteri itu, sebaliknya mempertahankan beliau dengan mengheret rakyat menyokongnya dalam pelbagai siri perhimpunan.
 
Pemilihan CEC DAP dijangka diadakan pada 12 November 2017 meski pun sebelum ini parti ultra perkauman tersebut telah menetapkan ianya akan diadakan pada Oktober ini.
Advertisements

Be the first to comment