CUEPAS Bidas Mahathir Anggap Inisiatif Bantu Penjawat Awam Suatu Pembaziran

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)  membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap pelbagai inisiatif yang disalurkan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia sebagai suatu pembaziran.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam kenyataannya kepada Utusan Online selain menyangkal dakwaan Mahathir tersebut turut menegaskan bahawa penjawat awam pada hari ini lebih banyak menerima manfaat dari kerajaan berbanding ketika 22 tahun pemerintahan mantan Perdana Menteri itu.

Mahathir dalam salah satu entri  dalam blog beliau yang antara lain menyifatkan inisiatif disalur kepada penjawat awam dan rakyat sebagai pembaziran.

Azih dilaporkan ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mahathir apabila memberitahu pada suatu masa ketika di bawah pentadbiran beliau,  penjawat awam hanya menerima kenaikan gaji sebanyak RM5.00 sahaja.

Secara sinis Azih bertanya, “Adakah kita mahu kembali kepada zaman itu?” 

“Kerajaan pada hari ini sedar mengenai peningkatan kos sara hidup, menjadi sebab beberapa kali emolumen penjawat awam disemak untuk bantu mengurangkan beban mereka,” jelas Azih lagi.

Antara inisiatif-inisiatif yang dipertikaikan oleh Mahathir adalah langkah kerajaan membuat semakan emolumen penjawat awam, penambahan bilangan penjawat awam, pemberian  BR1M, elaun sara hidup nelayan dan elaun bulanan kepada JKKK.

Pemberian BR1M sahaja memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat Malaysia, dipuji pakar-pakar ekonomi Eropah sebagai suatu tindakan katalis pertumbuhan ekonomi domestik.

Advertisements

Be the first to comment