TRAGEDI TANAH RUNTUH: Ketua Menteri Pulau Pinang Mahu Mati Berdiri Meski Rakyat Mati Tertimbus

Saranan DS Noh Omar agar Lim Kit Siang menasihatkan anaknya Lim Guan Eng agar meletakkan jawatan ekoran kejadian tanah runtuh kelmarin dianggap umpama mencurah air ke daun keladi, tidak memberi bekas apa-apa.
 
Mati Berdiri vs Mati TertimbusMeski pun Lim Kit Siang pernah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai menteri tatkala kejadian kebakaran menimpa sebuah pusat di ibukota bulan lepas, sangat mustahil bagi pemimpin de facto DAP itu untuk berbuat demikian dalam kes tanah runtuh ini.
 
Ada beberapa sebab mudah yang boleh sama-sama kita kongsi dan fikirkan bersama.
1. BEBAN maklumbalas awal kejadian dipikul oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Maimunah Mohd Sharif, di mana beliau mengadakan sidang media dan menjawab pelbagai soolan yang dikemukakan.
 
2. BEBAN seterusnya juga dipikul oleh MBPP di mana pihak berkuasa tempatan tersebut telah diarahkan oleh kerajaan negeri untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
 
3. KENYATAAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di laman Facebook beliau petang tadi yang mengemukakan “pandangan” MBPP bahawa punca kejadian tanah runtuh tersebut sebagai kemalangan akibat kecuaian di tapak kerja adalah sesuatu yang janggal dan dilihat cuba mengkambinghitamkan MBPP.
 
4. Kerajaan negeri juga dijangka akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi menyiasat kejadian ini, namun kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang “kecuaian di tapak kerja sebagai punca tanah runtuh” seolah sedang membina suatu arah tuju hasil siasatan.
 
Mendambakan Joseph Lim untuk meletakkan jawatan dalam perkara ini seumpama pungguk merindukan rembulan.
 
Apatah lagi dengan berhadapan dua kes pendakwaan rasuah di mahkamah pun Ketua Menteri tersebut tidak bercuti, inikan pula untuk meletakkan jawatan.
 
Di sebalik gesaan supaya Lim Guan Eng meletakkan jawatan, adalah disarankan kepada pihak-pihak terbabit, keluarga dan waris mangsa boleh mengemukakan samada laporan polis, laporan SPRM atau pun tindakan saman ke atas kerajaan negeri.
 
Dari ketiga-tiga pilihan di atas, tindakan saman oleh pihak-pihak terbabit kepada Ketua Menteri, Exco berkaitan, kerajaan negeri dan pemaju terbabit kerana kegagalan memantau dan memastikan keselamatan para pekerja dan rakyat tempatan dilihat lebih efisien.
 
BUKANKAH kerajaan negeri juga sedang menghadapi saman kerana kegagalan urustadbir parit dan saliran sehinggakan Pulau Pinang kekerapan banjir teruk dalamasa 2 tahun kebelakangan ini?

Up ↑

%d bloggers like this: