Paderi Didakwa Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Anak Angkatnya

PUTRAJAYA – Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak semalam atas dua pertuduhan;
(i) melakukan melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan
(II) melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang anak angkat perempuan warga China.
 
Paderi yang berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
 
Bagi pertuduhan pertama, paderi tersebut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun tanpa kerelaannya.
 
Kesalahan pertama itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Petaling Utama, Petaling Jaya pada November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 377 A Kanun Keseksaan.
 
Kesalahan tersebut juga dibaca bersama Seksyen 377 C Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan jika sabit kesalahan.
 
Paderi tersebut mengulangi perbuatan yang sama pada mangsa yang sama, enam tahun kemudian, ketika mangsa berusia 17 tahun. Kesalahan kedua itu dilakukaan pada pada 7 Oktober 2017 jam 1 petang, di premis yang sama.
 
Paderi tersebut yang sudah berumahtangga dan memiliki dua orang anak diwakili peguambela Siva Prema memohon jaminan diberikan dengan alasan beliau merupakan seorang paderi begitu dihormati oleh masyarakat.
 
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang merupakan anak angkatnya.
 
Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan 4 Disember 2017 bagi sebutan semula kes.
Advertisements

Be the first to comment