Peranan JAKIM Martabat Islam Dicemburui

Portal The Malaysian Insight dua hari lepas melaporkan berita yang menggambarkan keprihatinan pemilik, editor atau wartawan portal tersebut terhadap peruntukan bagi hal ehwal Islam yang diterima oleh agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Apa yang menariknya adalah tajuk artikel yang diterbitkan mengajak pembaca untuk mempercayai bahawa  JAKIM merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bermasalah tetapi diberikan peruntukan yang besar oleh YAB Perdana Menteri dalam BAJET 2018.

Wartawan The Malaysian Insight, Chan Kok Leong, begitu terperinci menyenaraikan agensi kerajaan dan NGO yang menerima peruntukan bagi hal ehwal Islam. Namun, corak penulisannya lebih kepada serangan terhadap JAKIM.

Terdapat sebelas pihak yang menerima peruntukan dari kerajaan pusat dalam BAJET 2018, antaranya adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Institut Professional Baitulmal (BAITULMAL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (MUFTI WP),  TV Al-HIJRAH, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Berlatarbelakangkan foto Presiden Persatuan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) Dr. Zamihan Mat Zain al-Ghari, The Malaysian Insight dilihat begitu terkesan dengan perjuangan dan kebenaran yang dibawa oleh ulama’ tersebut.

Portal berita tersebut dilihat berusaha keras membentuk pemikiran pembaca HANYA dengan satu kes terpencil tentang isu dobi Muslim oleh seorang pegawai kader JAKIM berbanding sumbangan-sumbangan lain yang telah JAKIM berikan demi kemajuan dan pembangunan Islam di Malaysia.

Apakah The Malaysian Insight dan warga kerjanya tidak berminat untuk mengulas kontroversi-kontroversi yang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng?

Bukankah peruntukan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang semakin bertambah setiap tahun berbanding peruntukan-peruntukan lain untuk rakyat negeri pulau mutiara itu?

ASPIRASI PERDANA sebelum ini sudah pun mengupas bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang bermain dengan silap mata berhubung dengan peruntukan hal ehwal Islam.

Corak pemberitaan yang tidak seimbang dan provokatif oleh portal The Malaysian Insight ini dibimbangi didalangi oleh mereka yang bukan sahaja anti nasional dan anti Islam,  malah ia mampu menyumbang ke arah krisis etnik dan agama, jika dibiarkan berterusan.

Bajet 2018Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Hj. Othman Mustapha dalam kenyataan media beliau semalam menganggap bahawa BAJET 2018 membuktikan komitmen kerajaan Malaysia di dalam memartbatkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Advertisements

Be the first to comment