Pengusaha Stesyen Minyak Lancar Mogok, Dakwa CALTEX Menipu Dan Menindas

Pada Mei 2017 lalu, seorang pengusaha stesyen minyak diminta mengosongkan dua stesyen minyak, satu di Kelana Jaya dan satu di Kampung Melayu Subang.
 
Fadzilah Abdul Hamid, pengusaha stesyen minyak terbabit hadir di pejabat Chevron Malaysia Limited (CALTEX) jam 11 pagi tadi bagi menemui pengurusan tertinggi, namun sehingga jam 3.30 petang tiada seorang pun wakil syarikat yang menemuinya.
 
Fadzilah akhirnya mengambil keputusan melancarkan mogok dengan melekatkan gam ‘super glue” pada tangannya setelah mendakwa CALTEX mungkir janji berhubung kontrak perniagaan.
 
Tuntutan penamatan bagi kedua-dua stesen itu dianggarkan bernilai melebihi RM700,000.
 
Fadzilah serta pengusaha stesyen minyak tempatan lain meminta CALTEX mengimbangi semua pengedar-pengedar yang ditindas memandangkan perjanjian tidak adil bagi membekalkan minyak di Malaysia.
 
Fadzilah dipercayai telah beberapa kali membuat permintaan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi CALTEX, namun dikenakan beberapa syarat, antaranya tidak boleh bertanya mengenai sebab penamatan kontrak dan tuntutan deposit, serta tidak boleh membawa wakil luar dalam perjumpaan berkenaan.
Advertisements

Be the first to comment