CTF Kenalpasti Lapan Negara Asia Pasifik Hadapi Risiko Pembiayaan Pengganas

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya terdapat lapan negara Asia Pasifik berhadapan dengan risiko sederhana pembiayaan keganasan melalui pelbagai pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan (non profit organisations, NPO).

Demikian hasil dapatan penilaian risiko yang diterbitkan dan dilancarkan di Sidang Kemuncak Pembiayaan Keganasan (Counter for Terrorism Summit, CTF) di Sasana Kijang hari ini.

Risiko sederhana pembiayaan keganasan ini telah mendorong pihak berkuasa serantau meningkatkan pengumpulan maklumat dan perkongsian data bagi mengenal pasti, memantau serta mengekang NPO berisiko tinggi sambil menjadikannya lebih sukar bagi kumpulan pengganas menyusup ke dalam pengurusan kewangan NPO.

YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memuji tugas dan tanggungjawab dasar anggota panel penilaian risiko serta tenaga pakar yang berada di sebalik kejayaannya.

Beliau menyatakan demikian dalam suatu majlis pelancaran penerbitan penyelidikan bersama yang dianggotai oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai  terkanan  pelbagai agensi perisikan kewangan dari negara-negara Asia Pasifik yang terdiri dari Australia, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Brunei dan New Zealand.

Menurut Zahid, “Penilaian risiko menyarankan agar negara-negara harus secara aktif mensasarkan kumpulan kecil NPO yang paling berisiko terhadap pembiayaan keganasan. Kami mempunyai tanggungjawab bersama untuk membantu organisasi tersebut melindungi diri mereka dari penyalahgunaan jenayah dan pembiayaan keganasan.”

Wakil dari Australia, Michael Keenan pula berpendapat bahawa penilaian risiko pada sidang kali ini merupakan suatu kemajuan yang mantap dalam menangani ancaman keganasan di rantau Asia Pasifik.

Keenan yang juga Menteri Kehakiman Australia berkata, “Kami menyokong penyelidikan dan penilaian lanjut menerusi kumpulan kerja KTT CTF tahun depan, supaya kami dapat memperluas jumlah negara peserta dalam kerja ini.” 

“Risiko tertinggi wujud dalam kumpulan-kumpulan kecil  NPO  di mana operasinya diperluaskan ke negara-negara dan zon perang yang disertai kumpulan pengganas,” tambah Keenan yang juga Menteri Pembantu Kepada Perdana Menteri Australia Bagi Menangani Ancaman Keganasan.

Menurut Keenan lagi, sifat kewangan NPO mempunyai kelemahan yang jelas mengenai ketelusan dan pengesanan dana memandangkan instrumen tunai diiktiraf di seluruh dunia.

Sementara itu, wakil kerajaan Indonesia, Wiranto menegaskan  bahawa negaranya telah memperkenalkan langkah-langkah tertentu yang disasarkan bagi mendaftarkan badan-badan amal berisiko tinggi serta  memantau sektor NPO dengan lebih dekat bagi mengurangkan risiko yang dihadapi mereka.

Beliau yang juga Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia menyatakan bahawa, “Indonesia yakin tahap risikonya akan dinilai kembali ke tahap yang lebih rendah di masa hadapan melalui kesedaran yang besar, hasil usahasama sektor perisikan serta  pendidikan.”

Advertisements

Be the first to comment