Advertisements

Muslimin Yahaya bukan setiausaha politik Zahid Hamidi

Image may contain: 4 people, including Muslimin Bin Yahaya, people smiling, people standing

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya, ialah setiausaha politiknya.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan, individu berkenaan hanya merupakan bekas pembantu khas kepada salah seorang setiausaha politiknya.

Katanya, Muslimin pernah menyuarakan hasratnya untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar tetapi beliau tidak menjangka dia sanggup mengambil keputusan untuk menyertai PKR.

“Saya telah nasihatkan beliau, harus bersabar. Dia berhajat bertanding di Sungai Besar, tetapi dia ambil keputusan sertai PKR.

“Pendirian beliau ini adalah pendirian individu. Jadi, saya harap ia tidak dikaitkan dengan setiausaha politik saya yang berkenaan.

“Saya harap beliau bayar harga sepatutnya apabila beliau melakukan tindakan sedemikian,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada satu sidang media selepas melawat sekitar Waterfront Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pemimpin BN Sungai Besar untuk menangani masalah terbabit.

Muslimin ialah bekas setiausaha sulit kanan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon semasa Allahyarham menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan merupakan Anggota Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Sungai Besar.

Sumber:-

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: