Ketua AMK Pulau Pinang Isytihar Keluar Parti

02asrol01_1525171740

Pakatan Harapan Pulau Pinang dijangka akan gagal mempertahankan penguasaan mereka pada PRU 14 ini.

Petang semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak mengisytiharkan keluar parti bersama 100 ahli dan pimpinan negeri tersebut.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga alasan utama tindakan keluar parti dibuat.

Pertama adalah berkait rapat dengan kelemahan di dalam pentadbiran parti yang diketuai oleh Datuk Dr. Mansor Othman yang tidak mendengar suara akar umbi dan pimpinan muda.

Kedua berkaitan dengan penyerahan kerusi DUN Bertam kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketiga berhubung dengan dasar PKR yang mengikut telunjuk parti DAP

Asrol Sani juga mendakwa lebih ramai lagi ahli dan pimpinan muda PKR negeri akan keluar parti dalamasa terdekat.

Ia sekaligus membantukan usaha-usaha Pakatan Harapan mempertahankan pulau mutiara itu.

Sebelum ini Ketua Menteri,  Lim Guan Eng membayangkan bahawa mereka akan kehilangan antara lapan hingga dua belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

-ASPIRASI PERDANA-

Up ↑

%d bloggers like this: