TRUMP TULIS SENDIRI LAPORAN PERUBATANNYA

Trump

WASHINGTON: Sepucuk surat daripada doktor peribadi Donald Trump di New York dikeluarkan kempennya pada 2015 yang mengisytiharkan beliau ‘individu paling sihat untuk bertanding sebagai presiden’ sebenarnya ditulis calon sendiri, kata Dr Harold Bornstein kepada CNN semalam.

“Beliau yang menulis kandungan surat itu. Saya tidak menulisnya,” kata Dr Bornstein kepada saluran berkenaan. Dalam satu temu ramah berikutnya dengan NBC News, beliau mengesahkan perkara itu.

Rumah Putih tidak membalas permohonan untuk mengulas daripada Reuters.

“Mr Trump baharu selesai pemeriksaan perubatan yang menunjukkan hanya keputusan positif. Tekanan darahnya 110/65 dan keputusan makmal agak bagus. Kekuatan fizikalnya dan stamina adalah luar biasa.

“Jika dipilih, saya boleh nyatakan tanpa ragu-ragu, Mr Trump, adalah individu paling sihat pernah dipilih sebagai presiden,” kata surat ditandatangani Dr Bornstein, yang mengaku merawat Trump sejak 1980-an.

Dr Bornstein memberitahu NBC News, penggunaan ‘paling sihat’ adalah ‘satu jenaka’.

Trump membaca surat itu ketika Dr Bornstein dan isterinya sedang memandu di Central Park, kata beliau kepada CNN. Kempen itu mengeluarkan surat berkenaan pada Disember 2015.

“(Trump) merangka surat itu dan saya memberitahunya apa yang tidak boleh ditulis di situ,” katanya.

Dr Bornstein sebelum ini berkata, beliau menulis surat itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil merawat pesakit lain.

Versi terbaharu asal surat itu diikuti tuduhan bahawa bekas pengawal peribadi Trump, Keith Schiller menyerbu pejabatnya sambil mengambil rekod perubatan Presiden AS itu selepas beliau dipilih. -Reuters

Up ↑

%d bloggers like this: