200 Teman Lelaki Dalamasa 2 Tahun

Dia mendakwa, dalam tempoh hampir dua tahun dia menjalinkan hubungan dengan hampir 200 lelaki berbeza dan menerima hadiah bernilai 1 bilion won (RM3.65 juta).

Antara hadiah diterima, termasuk wang, barang kemas, jam, pakaian, iPad, gajet dan pelbagai lagi.

“Hubungan saya dengan mana-mana lelaki biasanya tidak bertahan lama kerana mereka biasanya tidak mampu memenuhi kehendak saya.

“Apabila teman lelaki saya tidak mampu lagi menanggung segala keperluan, saya akan memutuskan hubungan dan mencari lelaki lain,” katanya.

Program itu juga membuat rakaman secara rahsia ketika Mirim bertemu ‘mangsa’ terbaru di sebuah restoran di mana wanita itu kerap mengadu bahawa bil telefonnya terlalu mahal sehingga lelaki berkenaan menawarkan diri untuk membayarnya.

Ketika pertemuan berkenaan, lelaki itu cuba memberitahu Mirim bahawa dia patut membayar bil di restoran kerana dia sudah membayar bil telefon wanita itu sebanyak 100,000 won (RM365).

Bagaimanapun, Mirim tidak mengendahkan permintaan itu dan akhirnya lelaki itu yang membayar bil di restoran.

Selepas cerita wanita itu disiarkan, Mirim menerima banyak komen negatif di media sosial. Majoriti pembaca mengutuk sikap wanita itu yang terlalu mementingkan harta benda.

Advertisements

Be the first to comment