Advertisements

PEMIMPIN DAP DIKECAM SERING BERBAHASA KESAT

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat hari ini mengecam Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana gagal mengawal para pemimpin parti ultra perkauman tersebut dari berbahasa kesat.

Tan Tuan Tat dipercayai merujuk kepada beberapa orang pemimpin DAP yang sering menggunakan perkataan menghina, memaki hamun dan merendah-rendahkan pihak lain.

Antara pemimpin DAP yang sering mengungkapkan kata-kata kesat adalah Nga Kor Ming yang pernah menghina Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Melayu PUKIMAK dan hitam metalik.

Di samping itu juga Jeffrey Ooi pernah memanggil penjawat awam sebagai ANJING KURAP.

Tan Tuan Tat menganggap sebagai bapa (Penasihat parti), Lim Kit Siang sewajarnya membuat teguran dan nasihat kepada mereka.

Sikap membisu Lim Kit Siang dalam perkara ini sebenarnya mencerminkan pendirian beliau dan parti tersebut selama ini.

-ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: