ISMA Mahu Calon Muslim Berwibawa, Bukannya Kafir

BANDAR BARU BANGI 4 Mei – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) berpendapat bahawa motto ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ tidak akan mampu menyelesaikan masalah masyarakat dan negara dalam satu siri pilihanraya umum.

Namun demikian usaha-usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan agar mereka mampu mendesak parti-parti politik menghantar calon-calon berwibawa ke parlimen.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK)  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad, masyarakat tidak perlu bimbang tentang motto “Undilah Calon Muslim Berwibawa” memandangkan ia adalah pencetus kepada gelombang yang lebih besar untuk masa depan Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita mahukan lebih ramai pemimpin Islam berwibawa dihantar ke parlimen. Ini adalah usaha mendidik masyarakat yang memerlukan masa panjang. Jika kita tak mula angkat seruan ini sekarang, bila lagi?”, jelas Muhammad Lukman.

“Sekiranya semua masyarakat memahami perkara ini dan mendesak parti-parti politik supaya menghantar calon muslim berwibawa, parti-parti mesti akan mendengar desakan ini dan menghantar hanya calon terbaik untuk bertanding.

“Apabila calon terbaik dihantar, sudah tentu keadaan akan berubah menjadi lebih baik untuk Islam, Melayu dan negara umumnya”,  jelas beliau lagi ketika menjadi ahli panel Forum Sudut Pandang anjuran Arus Baru dan Ismaweb malam tadi.

Ahli panel kedua, Dr Ahmad Sanusi Azmi berpendapat bahawa motto “Undilah Calon Muslim Berwibawa” ini menyeru masyarakat supaya tidak taksub kepada mana-mana parti dalam berpolitik.

Beliau yang merupakan pensyarah kanan di Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyatakan, “Mereka yang taksub parti menyebabkan parti bebas meletakkan sesiapa sahaja sebagai calon, walaupun tidak berkualiti, dan ia tidak akan mengubah keadaan.

“Kita mahu pengundi memilih calon-calon yang berusaha membangunkan agama melalui dasar Islam. 

Sebab itu kita mahukan calon muslim, bukannya kafir”, tambah Ahmad Sanusi lagi. :- ASPIRASI PERDANA :- 

Advertisements

Be the first to comment