Jenazah Tiga Beradik Dalam Satu Liang Lahad

PASIR SALAK: Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah di Bagan Datuk petang Khamis dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, Seberang Perak di sini, malam tadi.

Jenazah ketiga-tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2 tahun, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 malam pada Jumaat, sebelum pengebumian selesai kira-kira pukul 10 malam.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang datang memberi penghormatan terakhir sebelum mereka disemadikan.

Sebelum itu, jenazah tiga mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira pukul 7.30 petang selepas selesai proses bedah siasat, dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital berkenaan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Up ↑

%d bloggers like this: