Advertisements

Kuatkuasa Undang-undang Perlu Sama Rata – Najib

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan secara sama rata kepada semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian dinyatakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam satu wawancara eksklusif dengan Malay Mail.

Tambah Najib lagi, Dr Mahathir juga perlu meneliti diri sendiri, memandangkan beliau juga secara terbuka mengaku menerima pelbagai hadiah dari kawan-kawanya.

Apa pun, ia perlu adil. Peraturan undang-undang perlu dikuatkuasakan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilaksanakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.

“Maksud saya, jika anda telah menerima 30 ekor kuda dari kawan-kawan anda, itu juga harus diambilkira, kerana anda telah mengakuinya secara terbuka.

Kuda-kuda tersebut diberikan oleh kawan-kawannya. Dia telah menerima manfaat dari kawan-kawannya dan telah mengakuinya secara terbuka,” jelas Najib lagi.

Najib merujuk kepada temuramah Dr Mahathir bersama CNN Indonesia dua tahun yang lalu, di mana Dr Mahathir telah mengakui bahawa sebahagian daripada hampir 40 ekor kuda yang dimilikinya diberikan oleh kawan-kawannya (Mahathir) kepada beliau.

Dr Mahathir, sejak memegang jawatan Perdana Menteri, berkata bahawa siasatan ke siasatan 1MDB dan peranan Najib di dalamnya mesti tertakluk kepada “kedaulatan undang-undang” dan proses yang sewajarnya.

Dalam temuramah dengan Malay Mail, Najib juga mempersoalkan status Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, memandangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu masih dalam perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasa.

Pakatan Harapan, kata Najib, mengamalkan sikap piawaian berpilih (double standard) apabila menilai integriti pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

“Ia bertentangan dengan apa yang mereka katakan. Mereka mengamalkan piawaian berpilih. Ketika menimpa pemimpin-pemimpin mereka sendiri (PH), penilaian mereka lain. Ketika datang kepada para pemimpin BN, ia (penilaian mereka) sesuatu yang lain pula.

“Pinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Dia tidak bersalah sehingga terbukti, jadi dia belum bersalah kerana dia didakwa.

Walaupun dia tidak bersalah, tetapi umum berpendapat tidak wajar bagi seseorang yang didakwa di mahkamah dilantik sebagai Menteri Kewangan, sehingga dia membersihkan namanya.

“Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkanlah nama anda terlebih dahulu,” kata Najib.

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: