Azmin Akan Kaji Projek Mega Najib

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Az­min Ali dijangka akan mengkaji semua projek mega yang pernah diluluskan di zaman pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Walau bagaimana pun, beliau perlu mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, selewat-lewatnya hari ini atau awal pagi Isnin.

Azmin berkata demikian setelah menemui YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini bagi membincangkan tugas dan peranannya selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagi kerajaan pusat. 32815612_1803468903050781_7848831787437391872_o

Menurut Azmin, “Sehingga hari ini saya masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor namun, sekiranya keputusan dibuat untuk saya membantu kerajaan Persekutuan saya akan lepas jawatan berkenaan.

“Kedudukan saya selaku Menteri Besar akan diumumkan secara rasmi selepas menghadap Sultan Selangor.

Proses ini perlu berlangsung dalam keadaan baik, teratur dan tertib kerana melibatkan mandat rakyat,” tambah Azmin lagi.

Mengulas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri,  Az­min menyatakan bahawa  pertemuan tersebut dibuat agar beliau mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan tanggungjawabnya.

“Saya datang untuk mendapatkan penjelasan tentang peranan yang akan dimainkan di kemente­rian baharu. Dr. Mahathir telah jelaskan dan saya perlu meneliti semu­la perkara ini dan beliau me­minta saya kembali untuk memberikan cadangan tambahan,” kata Azmin.

“Ini kementerian baharu dan pastinya ada cabaran besar dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk tampil dengan polisi dan strategi baharu. Saya juga memerlukan pasukan yang kuat untuk memacu kementerian ini,” tambah beliau lagi.

Menjawab soalaan wartawan mengenai projek-projek mega yang telah diluluskan di zaman  pentadbiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Azmin berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas beliau memasuki pejabat minggu depan.

“Semua projek mega serta infrastruktur yang diluluskan semasa pentadbiran Najib akan dikaji semu­la. Kita mahu memberi keutamaan kepada projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti bekalan elektrik, air dan perumahan.

“Ini sangat penting, kita ada pengamalan dasar yang baik ketika mentadbir Selangor. Dasar ini akan diperluaskan di peringkat Persekutuan kerana kejayaan Selangor diiktiraf dan menjadi asas untuk memajukan negeri lain,” kata Azmin lagi.

Berhubung dengan  projek-projek mega yang telah dipersetujui dan ditandatangani pula, Azmin menegaskan bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan semula termasuk meneliti terma perjanjian sama ada dibuat secara telus atau sebaliknya. ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment