Dituduh Sesat Punca Siti Kasim Bantah Dr. Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan

Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim @ Siti Kasim melancarkan kempen bantahan secara besar-besaran ke atas pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran.

Selain mempertikaian prinsip Dr. Maszlee sebagai seorang Muslim progresif, Siti Kasim yang pernah menyeru umat Islam Malaysia agar mempelajari Islam yang sebenar itu juga mahu agar jawatan Menteri Pelajaran dikembalikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Screenshot_20180520-002845__01

Berdasarkan posting Siti Kasim di laman Facebooknya semalam, aktivis sosial yang tegar memperjuangkan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) itu menegaskan bahawa antara sebab penentangannya terhadap Dr. Maszlee adalah kerana menteri berkenaan pernah menuduhnya sesat.

Beliau yang dihubungi oleh The STAR berhubung isu ini menjelaskan bahawa dia tidak menentang Dr. Maszlee secara peribadi tetapi berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sangat dipengaruhi oleh golongan agama.

Dalam ertikata lain, Siti Kasim enggan kementerian berkenaan diterajui oleh golongan agamawan.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Dr. Maszlee dilantik sebagai menteri bagi kementerian lain, selain Kementerian Pelajaran.

Menurut Siti Kasim lagi, “Saya sangat gembira jika saya terbukti salah tetapi saya tertanya-tanya kenapa kita tidak boleh melantik seseorang seperti Datuk Saifuddin Abdullah”.

Apakah ia juga bermakna ajaran dan anutan agama Siti Kasim selari dengan Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Datuk Saifuddin Abdullah, di mana keduanya tidak pernah menuduh beliau sebagai sesat?

Siti Kasim juga berkongsi suatu pautan petisyen yang mahu jawatan Menteri Pelajaran dikembalikan kepada Tun Dr. Mahathir, yang sama sekali bertentangan dengan Manifesto Pakatan Harapan.

Antara lain, Manifesto Pakatan Harapan tidak membenarkan penyandang jawatan Perdana Menteri mempunyai potfolio menteri.

Petisyen yang dikongsikan oleh Siti Kasim tersebut diasaskan oleh Raveen Dev di change.org dua hari lepas.

Menurut The STAR, petisyen tersebut telah menerima lebih daripada 57,000 tandatangan (ketika artikel tersebut diterbitkan). 

Up ↑

%d bloggers like this: