Gencatan Senjata Ringkas Di Syria

DAMSYIK, Syria – Pemerhati konflik berdarah di Syria menyaksikan angkatan bersenjata pro-kerajaan dan kumpulan pemisah negara Islam (Islamic State – IS) mengadakan gencatan senjata ringkas di selatan Damsyik mulai semalam (Sabtu), setelah terlibat dalam pertempuran sengit selama beberapa minggu di kubu kuat terakhir kumpulan tersebut, di selatan ibu negara Syria itu.

Angkatan bersenjata Syria yang diketuai Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan besar-besaran terhadap IS di daerah Hajar al-Aswad Damsyik dan kem pelarian Yarmuk Palestin, bulan lalu.

Pertempuran sengit antara mengakibatkan kerugian besar pada kedua-dua belah pihak dan memaksa “gencatan senjata berkuatkuasa tengahari semalam, anggaran lima jam,” demikian menurut kenyataan Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain.

Ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman memberitahu AFP bahawa gencatan senjata tersebut mungkin menjadi permulaan kepada pengunduran pejuang IS dari kawasan tersebut,  semalam.

Gencatan senjata tersebut juga dipercayai hasil rundingan antara sekutu kuat Russia serta puak-puak pro-kerajaan Palestin.

Agensi berita Sana’s state-run Syria yang memetik sumber ketenteraan bagaimana pun menafikan rundingan gencatan senjata tersebut.

Pasukan Loyalist melancarkan serangan agresif  di selatan Damsyik April lalu setelah mengenalpasti lokasi  kubu kuat pemberontak Ghouta Timur berhampiran ibu negara Syria.

Pasukan tersebut berjaya menawan petempatan Qadam, tetapi tentera IS berjaya menguasai sekitar 70 peratus dari bandar Yarmuk.

Menurut Balai Cerap tersebut lagi , pertempuran di selatan Damsyik itu telah membunuh 484 anggota IS dan lebih daripada 250 pejuang pro kerajaan serta 56 orang awam.

Populasi Yarmuk dianggarkan berjumlah sekitar 160,000 orang yang meliputi warga Palestin dan Syria, namun kini hanya tinggal beberapa ratus orang sahaja.

Peperangan di Syria telah mengorbankan lebih 350,000 orang semenjak tahun 2011 dengan pelbagai tindakan kejam ke atas golongan anti-kerajaan, sebelum ianya merebak ke dalam konflik yang lebih rumit melibatkan kuasa besar dunia dan tentera jihad. -AFP News-

Up ↑

%d bloggers like this: