Rakyat Perlu Desak PH Tunaikan Janji – Najib

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yakin Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menunaikan semua janji-janji pilihanraya mereka dan menggambarkan janji-janji Pakatan Harapan (PH) sebagai berada di alam fantasi.

Najib berkata demikian dalam suatu temubual  eksklusif dengan Malay Mail, menggesa rakyat Malaysia agar mendesak kerajaan PH agar  bertanggungjawab dan menunaikan segala janji-janji mereka.

“Ia merupakan suatu alam fantasi. Mereka tidak akan mampu menunaikannya,” kata Najib merujuk kepada janji-janji PH menangguhkan bayaran pinjaman pelajar kepada Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta mengurangkan harga bahan api.

“Apa yang saya maksudkan jelas terbukti selepas  tiga hari pilihanraya. Mereka sendiri cakap ekonomi berada dalam kedudukan yang kukuh.

Sebelum itu, mereka cakap ekonomi dalam keadaan yang teruk dan kita akan menuju kebankrapan, kita perlu menyelamatkan Malaysia.

Apakah dalamasa tiga hari ekonomi telah pulih begitu mendadak?” soal Najib.

(Apakah dalamasa tiga hari) rizab kita begitu kuat dan pertumbuhan ekonomi kita begitu baik? Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihanraya,” tambah Najib lagi.

Manifesto Pakatan Harapan memberi fokus dalamasa 100 hari antara lain mereka berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, memansuhkan tol, menetapkan harga bahanapi yang lebih murah serta menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terhadap apa yang mereka dakwa sebagai skandal  1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagi menguatkan hujah beliau (mengenai ekonomi Malaysia yang kukuh di bawah pentadbirannya),  Najib mengemulakan laporan-laporan penarafan kredit positif oleh agensi-agensi antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk membuat keputusan. Kami telah mengatakan semua perkara ini, dan agensi penarafan telah mengatakannya,” kata Najib lagi.

Meski pun PH telah menewaskan beliau pada PRU 14 lalu, Najib yakin bahawa masa akan menjadi hakim menentukan kebenaran. Najib juga yakin bahawa sejarah akan dinilai dan mencatatkan apakah sumbangan PH terhadap negara.

Up ↑

%d bloggers like this: