Advertisements

Remaja 15 Tahun Antara 5 Ditahan Terlibat Judi Dalam Talian

KUCHING 19 Mei – Lima individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis disyaki terlibat dalam perjudian dalam talian menerusi serbuan berasingan di dua daerah di negeri ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua mereka yang ditahan tersebut merupakan operator atau ejen yang menjual kad tambah nilai judi dalam talian.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM2,249, empat unit telefon bimbit, komputer riba, slip pertaruhan dan peralatan lain.

“Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Dennis, polis akan terus menggempur aktiviti perjudian haram di negeri ini dari masa ke semasa. -UTUSAN ONLINE-

 

Advertisements

Be the first to comment

%d bloggers like this: