Tolak Dr. Maszlee, Abu Syafiq Sependapat Siti Kasim

Perlantikan mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr. Maszlee Malik terus mendapat kecaman rakyat Malaysia.

Sebelum ini ASPIRASI PERDANA telah menyiarkan bantahan yang dikemukakan oleh Siti Kasim, yang menentang perlantikan tersebut atas sebab ideologi yang mudah menyesatkan golongan sepertinya, berbanding Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Bantahan terhadap perlantikan Dr. Maszlee kali ini datangnya dari seorang penceramah kontroversi yang dikenali sebagai Abu Syafiq al-Asya’ari al-Maturidiah.

Abu Syafiq yang sebelum ini dikenali di kalangan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) sebagai seorang agamawan yang tergesa-gesa mengeluarkan fatwa haram dan cenderung memfitnah pihak-pihak yang tidak sealiran dengannya memuatnaik bantahan terhadap Dr. Maszlee di laman Facebook beliau.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Abu Syafiq bagi menolak perlantikan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pelajaran adalah sikap dan ideologi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang kerapkali membangkitkan isu khilafiah dan furu’iyyah yang boleh mencetuskan pertelingkahan antara rakyat.

Abu Syafiq juga tidak menolak kelayakan Dr. Maszlee bagi menyandang jawatan Menteri Pelajaran, namun berpendapat tokoh tersebut tidak berpengalaman dan terpalit dengan banyak isu kontroversi melibatkan wacana pendidikan. Perkara tersebut dipercayai oleh Abu Syafiq sebagai bakal menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam konteks takfir dan tabdi’ pula, Abu Syafiq sependapat dengan Siti Kasim yang menegaskan bahawa Dr. Maszlee termasuk di kalangan agamawan yang mudah menghukum sesat dan mengkafirkan golongan sepertinya.

Tanpa menafika Dr Maszlee Malik mempunyai kelayakan akademik bagi menyandang jawatan Menteri Pelajaran, Abu Syafiq menegaskan bahawa mantan pensyarah itu memiliki  pengalaman yang cetek.

Di samping itu,  ditambah pula terlalu banyak isu kontroversi tentangnya (Dr. Maszlee) yang melibatkan wacana pendidikan. Tidak pula dinyatakan oleh Abu Syafiq apakah isu-isu kontroversi tersebut. 

Selain dari memberi peringatan terakhir kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan pimpinan Pakatan Harapan, Abu Syafiq menyatakan bahawa suatu Gerakan Khas yang terdiri dari golongan pendidik dan agamawan bakal ditubuhkan sekiranya perkara ini berlanjutan.

Gerakan Khas tersebut dipercayai bagi menolak lantikan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pelajaran, yang disifatkan oleh Abu Syafiq sebagai tidak adil untuk rakyat yang menyokong Pakatan Harapan selama ini. -ASPIRASI PERDANA-

Up ↑

%d bloggers like this: